Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Wajibkan Pemilik Hotel, Restoran...

KUALA LUMPUR - Pemilik hotel dan restoran hendaklah diwajib mendapatkan notis pengesahan daripada...

Tahniah Bangsa Kedah! –...

KUALA LUMPUR - Satu status ringkas di Facebook mengenai kemenangan pasukan Kedah malam...

Anggota Rela Maut Tertembak...

KOTA BHARU - Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) maut selepas tertembak diri...

Banjir: Patuhi Arahan Berpindah...

MARANG - Penduduk tinggal di kawasan berisiko banjir diingatkan agar tidak berdegil dengan...

2 Polis Peronda Minta Rasuah RM4k Dari Penjual Ketum

KANGAR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis menahan dua anggota unit peronda polis (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, Kedah.

Kedua-dua suspek masing-masing berusia 30-an dan 50-an itu diberkas SPRM di sempadan Kedah-Perlis dekat sini hari ini kerana didapati meminta wang rasuah daripada seorang penjual daun ketum.

Pengarah SPRM Perlis, Yaacop Angah mengesahkan, mereka berjaya ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes permintaan wang rasuah sebanyak RM4,000 daripada seorang pengedar ketum tempatan.

Menurutnya, peniaga ketum tersebut sebelum ini pernah ditahan pihak polis dan wang rasuah terbabit sebagai jaminan agar tidak mengambil tindakan ke atas kesalahan narkotiknya itu.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 atas kesalahan meminta dan menerima rasuah.


“Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda lima kali suapan atau RM10,000 atau yang mana lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan media tadi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori