Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pembantu Mourinho Calon Pengurus...

PEMBANTU pengurus Manchester United, Jose Mourinho, Rui Faria dikatakan bakal mengisi kekosongan jawatan...

Akhirnya.. ‘Mat Sabu &...

AKHIRNYA, setelah beberapa bulan menimbulkan spekulasi berkenaan penubuhan parti baru oleh pemimpin 'terbuang'...

Hanya Beng Hee Layak...

KUALA LUMPUR - Bekas pemain nombor tujuh dunia, Ong Beng Hee merupakan satu-satunya...

Skim Cepat Kaya: 16...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 16 individu disyaki terlibat skim...

2 Wanita Bertudung Kantoi ‘Sihirkan’ Kedai

SATU rakaman video memaparkan dua orang wanita mencurigakan sedang menabur sesuatu di hadapan sebuah kedai yang bertutup, kini menjadi tular melalui laman sosial.

Menerusi video rakaman litar tertutup (CCTV) itu, dua wanita yang bertudung itu dilihat berdiri selama beberapa saat di hadapan kedai itu sebelum mengeluarkan sebungkus beg plastik.

Mereka berdua kemudian mengeluarkan sesuatu dari beg plastik tersebut yang menyerupai garam, sebelum menaburnya beberapa kali di hadapan kedai tersebut.

Tidak ketahui apa tujuan mereka berbuat demikian, namun dipercayai ia mirip kepada perbuatan sihir. Berdasarkan tarikh rakaman CCTV, kejadian ini dipercayai baru berlaku semalam.


Pun begitu, lokasi kejadian ini tidak dinyatakan.

Dalam video ini, turut kedengaran suara seorang wanita dipercayai pemilik kedai itu yang meluahkan rasa terkilannya terhadap perilaku syirik itu.

Video tersebut nyata mengundang kemarahan netizen tambahan pula, imej dua wanita itu yang bertudung tidak mengambarkan pegangan akidahnya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori