Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jumlah Mangsa Banjir Di...

ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir kilat di pusat pemindahan banjir di Kedah...

Amaran Ribut Petir Di...

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan lima buah...

Sekolah Kerajaan Akan Diaudit...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan akan melakukan audit dengan kerap bagi memastikan semua...

Sidang Kemuncak Luar ...

JAKARTA - Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bermula di sini,...

250 Pelarian Dikhuatiri Lemas Di Mediterranean

ROME – Lebih 250 pelarian Afrika dikhuatiri lemas di Mediterranean, selepas sebuah bot penyelamat milik pasukan kebajikan menemui lima mayat terapung berhampiran sebuah bot getah yang karam di Laut Libya.

Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) berkata, pihaknya meningkatkan langkah pemantauan selepas Golfo Azzuro, bot yang dimiliki pertubuhan bukan kerajaan Sepanyol, Proactive Open Arms (Proactiva) melaporkan penemuan itu kira-kira 24 kilometer di luar pesisir pantai Libya.

“Kami tidak fikir ada penjelasan lain, selain bot itu penuh sesak dengan orang. Jelas sekali mereka karam,” kata jurucakap Proactiva, Laura Lanuza kepada AFP.

Lanuza berkata, mayat yang ditemui dipercayai lelaki Afrika berusia antara 16 tahun dan 25 tahun.

Menurut kakitangan perubatan, mangsa lemas kira-kira 24 jam sebelum ditemui di perairan di utara pelabuhan Sabrata, Libya.


Hampir 6,000 orang berjaya diselamatkan bot penyelamat milik Itali sejak akhir minggu lalu, menjadikan jumlah yang dibawa ke Itali mencecah 22,000 orang sejak awal tahun ini. – AFP/BH ONLINE

Kategori