Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

A Samad Said Masuk...

GUA MUSANG – Sasterawan Negara, A. Samad Said secara rasmi menamatkan desas-desus yang...

Pembangkang Cadang Masukkan LGBT...

KUALA LUMPUR: Seorang ahli Parlimen pembangkang hari ini mencadangkan supaya perlakuan lesbian, gay,...

Gambar: Suasana Hari Pertama...

IKEA Malaysia telah membuka gedung keduanya yang terletak di Jalan Cochrane, Cheras, hari...

Cadang Perkenal Modul Baharu...

SERDANG - Kementerian Komunikasi dan Multimedia bercadang memperkenalkan modul baharu yang memfokuskan kepada...

3 Jenazah Mangsa Lemas Selamat Dikebumikan

HULU SELANGOR – Tiga daripada lima jenazah kanak-kanak yang ditemui mati lemas di Sungai Selangor di Kampung Timah, Bukit Beruntung, di sini, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Beruntung, tengah hari tadi.

Ketiga-tiga jenazah tiba di tanah perkuburan pada pukul 11 pagi dan selamat dikebumikan sejam kemudian.

Terdahulu, jenazah Amirul Hakimi Khairul Amru, 9, dan pasangan adik beradik, Shahrizat Abdullah, 12 dan Shahrizwan, 10, disembahyangkan di Surau Ali Bashah, Persiaran Bunga Raya di sini.

Suasana pilu menyelubungi kawasan tanah perkuburan yang dihadiri anggota keluarga, guru dan rakan ketiga-tiga jenazah.

Dua lagi jenazah iaitu Muhammad Aiman Fitri Md Asmadi, 12, dan Muhammad Iskandar Shah Abdullah, 12, masing-masing dibawa ke Kuala Krai, Kelantan dan Kuala Selangor untuk dikebumikan.


Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, lapan kanak-kanak berusia sembilan hingga 12 tahun dari kawasan perumahan berdekatan dihanyutkan air pasang besar ketika menangguk ikan di sungai itu.

Seorang daripada mereka selamat manakala lima lagi ditemukan lemas dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua lagi mangsa dipergiatkan. – BERNAMA

Kategori