Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

17 GRO Warga Asing...

IPOH - Polis menahan 17 gadis warga asing yang dipercayai bekerja sebagai pelayan...

Baru 6 Bulan Bersalin,...

BULAN Ramadhan yang barakah ini nyata memberi berita gembira buat pelakon muslimah kelahiran...

Air Tebu, Murtabak Pilihan...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyertai orang...

Rekaan Tudung Baru Nora...

PELAKON Nora Danish baru-baru ini menerusi laman sosial Instagram ada mempromosikan rekaan tudung...

3 Lelaki Geng Curi Motosikal Dan Samun Ditahan

GEORGE TOWN – Tiga lelaki disyaki geng curi motosikal dan samun yang aktif sekitar daerah Seberang Perai Tengah dekat sini ditahan dalam serbuan di Kampung Tok Elong dan Jalan Permatang Nibong, di Bukit Mertajam awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata lelaki berusia antara 26 dan 38 tahun itu ditahan dalam serbuan polis di dua buah rumah pada 12.30 tengah malam dan 5.30 pagi.

“Polis merampas dua motosikal, dua vest warna hijau bertulis ‘security’ dan sebuah telefon bimbit daripada tiga lelaki itu. Dua daripada mereka mempunyai rekod jenayah dan dadah,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, mereka terlibat lebih 10 kes samun dan curi motosikal sejak awal tahun ini.


Sementara itu, dalam perkembangan lain Nik Ros Azhan berkata polis menahan seorang lelaki berusia 42 tahun yang disyaki anggota sindiket mencuri kenderaan dalam serbuan di Seberang Jaya kira-kira 2 petang semalam.

Susulan penahanan lelaki itu, polis merampas sebuah kereta jenis Proton Iswara yang dilapor di curi di Perai baru-baru ini, katanya. – BERNAMA

Kategori