Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

Pegawai Kementerian Luar Iran...

DUBAI - Seorang kakitangan Kementerian Luar Iran dijatuhi hukuman penjara 10 tahun, selepas...

Kes Jong-nam: Wakil Media...

SEPANG - Beratus media tempatan dan antarabangsa berhimpun di hadapan balai ketibaan antarabangsa...

KPT Serah Kepada Polis...

KANGAR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyerahkan kepada polis untuk menyiasat kes melibatkan empat...

Ketua NGO Dalam Senarai...

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mendapatkan gambaran tepat dan akan menyemak fakta berkaitan...

3 Orang Termasuk 2 Adik Beradik Maut Kemalangan

JOHOR BAHRU – Tiga orang termasuk dua adik beradik maut dalam satu kemalangan di KM60 Jalan Kota Tinggi-Sungai Rengit, Kota Tinggi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt. Rahmat Othman berkata kesemua mangsa dikenali sebagai Norhaizam Ngatino, 34; adiknya Muhammad Izwan, 23 dan rakannya Mohamad Inderul Zain, 32, meninggal dunia di tempat kejadian, kerana kecederaan serius di kepala.

Seorang lagi adik Norhaizam iaitu Hisyamuddin, 26, yang turut berada dalam kenderaan berkenaan pula cedera parah dan sedang menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi, kata beliau dalam kenyataan di sini.

Katanya, kejadian berlaku kira-kira 10 pagi apabila kenderaan jenis Proton Persona dipandu Norhaizam dalam perjalanan dari arah Kota Tinggi menuju ke Sungai Rengit.


Apabila tiba di satu kawasan, Norhaizam dilaporkan hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kiri bahu jalan dan melanggar penghadang jalan, sebelum terjatuh ke dalam gaung sedalam lapan meter. – BERNAMA

Kategori