Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

GPS Akan Bertanding Semua...

KUCHING : Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan bertanding di kesemua 31 kerusi parlimen...

Lebih Baik Buat Korban...

JAKARTA – Harga tiket konsert kumpulan rock popular, Coldplay yang mahal mencetuskan banyak...

Terharu!! Bagi Nota Maaf...

Siapa pernah mengalami keadaan anda berjalan ke arah kenderaan tapi terkejut bila mendapati...

6 Militan Maut Pertempuran...

SRINAGAR (Kashmir yang dikuasai India) - Sekurang-kurangnya enam militan terbunuh dalam pertempuran di...

30,000 Permohanan Warga Asing MM2H Diluluskan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 31,723 permohonan warga asing dari 126 negara untuk menyertai Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) telah diluluskan sejak 2002 hingga tahun lepas.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata China mencatat permohonan paling ramai iaitu 7,976 diikuti Jepun (4,127), Bangladesh (3,399) dan United Kingdom (2,361).

“Selain itu sebanyak 1,331 permohonan oleh warga Iran, Singapura (1,258), Taiwan (1,175), Korea Selatan (1,174), Pakistan (958), India (861) dan lain-lain negara (7,103),” katanya pada sesi soal jawab lisan di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Mohamed Nazri menjawab soalan Loke Siew Fook (DAP-Seremban) yang ingin tahu jumlah peserta yang tinggal di Malaysia melalui MM2H mengikut negara asal dan manfaat program berkenaan.

Beliau berkata program MM2H telah memberi sumbangan kepada ekonomi negara yang dianggarkan sebanyak RM2.9 bilion pada tahun lalu merangkumi kutipan hasil fi visa, pembukaan simpanan tetap dan pembelian hartanah kediaman.


“Anggaran ini tidak mengambil kira perbelanjaan isi rumah bulanan yang bergantung kepada bilangan ahli keluarga serta perbelanjaan pendidikan bagi anak-anak mereka dan kos perubatan,” katanya.

Menurut Mohamed Nazri, program itu juga telah melonjakkan nama Malaysia di persada antarabangsa di mana International-Living.com dalam laporannya menyatakan Malaysia berada di tempat keenam terbaik di dunia dan terbaik di Asia sebagai destinasi untuk persaraan.

Selain itu, katanya, kaji selidik tahunan oleh Japan Longstay Foundation juga menunjukan Malaysia merupakan pilihan utama untuk tinggal bagi jangka panjang dalam kalangan rakyat Jepun yang berusia 40 tahun ke atas, sejak 2006. – BERNAMA

Kategori