Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

G20: Tuu Dia Harga...

BRISBANE – Persidangan kemuncak 20 negara berpengaruh di dunia, G20 yang berakhir semalam...

Anwar Lebih Bijak Daripada...

'TEAM B' PAS telah dicipta khusus untuk menggulingkan Abdul Hadi Awang. Mereka yang...

Wanita China 64 Tahun...

CHANGCHUN, China - Seorang wanita berusia 64 tahun menjadi ibu tertua di China...

Lebih 200 Patung Panda...

PUTRAJAYA - Lebih 200 patung panda 'menawan' Dataran Putrajaya di sini hari ini...

4 Bersaudara Didakwa Edar 14.6kg Methamphetamine

KAMPAR – Empat bersaudara termasuk tiga beradik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar 14.6 kilogram methamphetamine 13 Mac lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Kalitazan@Nur Azan Abdullah, 44, serta dua adiknya R. Elanggo, 30, dan R. R Viknesswara, 28, serta sepupu mereka B. Kalidass, 41, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Asyifa Redzuan.

Keempat-empat mereka yang tidak bekerja didakwa mengedar dadah itu di bangsal pertama tapak tanah lombong kosong kawasan jeram, Mukim Kampar, Gua Tempurung di sini, kira-kira 2 petang pada 13 Mac lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Azriah Zaid manakala kesemua tertuduh diwakili Sukhdave Singh dan Keshvinder Singh.


Terdahulu, Sukhdave memohon kepada mahkamah untuk memindahkan kesemua tertuduh dari Penjara Taiping ke Penjara Sungai Buloh, Selangor berikutan anggota keluarga mereka tinggal di sana.

Bagaimanapun, mahkamah memaklumkan bahawa bukan bidang kuasa pihaknya untuk berbuat demikian, sebaliknya meminta pihak peguam menulis surat kepada Pengarah Penjara Taiping bagi tujuan itu.

Mahkamah menetapkan 8 Mei ini untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Kategori