Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Terengganu Kemas Kini Jumlah...

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri sedang mengemas kini jumlah keseluruhan mangsa yang terbabit dalam...

Najib Akui Dana RM42...

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini didedahkan bahawa dana sebanyak RM42 juta...

Rabies: Jangan Pandang Ringan...

TAIPING – Orang ramai dinasihati supaya tidak memandang ringan sekiranya mereka digigit atau...

Jumlah Pelancong China Di...

BEIJING - Ketibaan pelancong China di Malaysia meningkat dengan ketara sejak kerajaan memperkenalkan...

4 Bomba Ditahan SPRM Bukan Bahagian Perlesenan

KUALA LUMPUR – Empat anggota bomba yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit rasuah melindungi premis urut, bukan daripada anggota bahagian pelesenan jabatan itu.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata mereka yang ditahan itu terdiri daripada anggota bahagian operasi bomba.

“Saya hairan bagaimana mereka terbabit dalam perbuatan itu, sedangkan ia di luar bidang tugas mereka. Siasatan terperinci sedang dijalankan,” katanya kepada pemberita selepas penyerahan Sijil Kebakaran (FC) di premis Dewan Bahasa dan Pustaka, di sini.

Beliau berkata jika sabit kesalahan, mereka akan dikenakan tindakan tatatertib termasuk digantung kerja atau dibuang daripada perkhidmatan awam.

Pada 13 Mac lepas, SPRM menahan 12 penguat kuasa daripada pelbagai agensi penguatkuasaan kerana disyaki terlibat dengan rasuah di dua lokasi di Selangor dan Kuala Lumpur.

Mereka yang ditahan dalam operasi khas SPRM merupakan dua pegawai polis berpangkat Inspektor yang juga ketua balai polis, lima anggota polis, empat anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat serta seorang pegawai Majlis Perbandaran Kajang.


Dalam perkembangan lain, Wan Mohd Nor berkata hanya 108 bangunan daripada 719 bangunan di Kuala Lumpur mempunyai Sistem Pengawasan Kebakaran Automatik (SPKA).

Beliau berkata daripada jumlah itu, 611 pemilik bangunan sedang menaik taraf SPKA.

SPKA merupakan sistem pengesan kecemasan yang boleh menyalurkan maklumat terus kepada bilik gerakan operasi bomba jika berlaku sebarang kecemasan seperti kebakaran. – BERNAMA

Kategori