Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Penjawat Awam Terjejas Banjir...

DUNGUN - Penjawat awam yang tidak dapat memulakan tugas apabila turut terperangkap di...

Transgender Dan Khunsa Jauh...

KUALA LUMPUR - Transgender dan khunsa (interseks) adalah jauh berbeza daripada sudut istilah...

Laluan Anwar Tidak Mudah

PUTRAJAYA - Meskipun mempertaruhkan calon Perdana Menteri kelapan di Parlimen Port Dickson, laluan...

Indonesia Bakal Adakan Pemilu...

JAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak...

5 Guru Diberi Surat Tunjuk Sebab – Mahdzir Khalid

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan telah menghantar surat tujuk sebab kepada lima guru yang didapati menaiki pentas politik pembangkang untuk memburukkan kerajaan, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

“Kita ini dalam sebuah negara demokrasi. Kita tiada masalah sesiapa mahu sokong siapa. Tetapi yang masalah adalah dia sebagai penjawat awam naik ke pentas pembangkang dan keluarkan ucapan menghentam kerajaan, sedangkan dia adalah penjawat awam.

“Kalau sampai ke tahap itu, itulah yang saya maksudkan baik dia berhentilah daripada menjadi guru,” katanya pada sidang media selepas merasmikan ‘Kempen Penggunaan Kertas Kitar Semula 100 peratus’ di sini hari ini.

Semalam, Mahdzir berkata hanya sebilangan kecil daripada 435,000 guru di seluruh negara yang dikesan terlibat secara aktif dengan pembangkang dan pihaknya sedang memantau perkara tersebut.

Beliau berkata semua guru sebagai kakitangan kerajaan tertakluk kepada Perintah-perintah Am dalam perkhidmatan awam dan hal ini berkait dengan salah laku sebagai penjawat awam.

Mahdzir berkata di pihak kementerian, pendekatan yang akan diambil adalah dengan memberi nasihat kepada guru yang terlibat.


“Saya ini pun bukanlah ganas sangat. Kalau boleh saya tak mahulah sampai perlu mengambil tindakan. Kita lebih utamakan ‘engagement’ sekiranya mereka mahu mendengar,” jelas beliau.

Menyentuh tentang kritikan penjawat awam terhadap kerajaan di media sosial, Mahdzir berkata prinsip kerajaan adalah sama iaitu tidak menghalang teguran tetapi janganlah ia sampai digunakan sebagai medan menyebarkan fitnah. – BERNAMA

Kategori