Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Peniaga Diminta Patuhi Harga...

GEORGETOWN - Para peniaga di seluruh negara diminta untuk mematuhi harga barangan yang...

Keputusan AFC Tepat, Adil...

PUTRAJAYA - Keputusan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) meminta Korea Utara menyediakan gelanggang...

Reman 5 Suspek Kes...

KUALA LUMPUR : Lima individu yang ditahan berhubung kes penipuan haji furada yang...

Kabinet: Saya Kena Dengar...

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan pembentukan Kabinet dapat diumumkan...

50 Individu Terpilih Tunai Umrah Percuma

SEPANG – Seramai 50 warga India Muslim termasuk lima mualaf dari seluruh negara terpilih untuk mengerjakan ibadah umrah secara percuma di bawah program khas tajaan Malik Streams Corporation Sdn. Bhd. dengan kerjasama syarikat penerbangan Malindo Air.

Pengerusi syarikat itu; Datuk Abdul Malik Dasthigeer memberitahu, program tersebut merupakan sebahagian daripada sumbangan syarikatnya bagi membantu umat Islam yang tidak berkemampuan untuk menunaikan umrah ke Tanah Suci.

50 Individu Terpilih Tunai Umrah Percuma

“Program ini bertujuan untuk meringankan bebanan serta merealisasikan impian setiap ahli keluarga umat Islam yang tidak berkemampuan untuk menunaikan umrah.

“Pihak kami menghantar seramai 50 yang bertuah daripada 200 peserta,” katanya ketika ditemui media di lobi Hotel Sama-Sama Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Tambahnya, sebanyak RM250 ribu diperuntukkan untuk 50 peserta umrah meliputi kos penginapan, tiket, makanan dan perbelanjaan jemaah sepanjang menunaikan ibadah tersebut di sana.

50 Individu Terpilih Tunai Umrah Percuma

Malik berharap apa yang dilakukannya menjadi inspirasi kepada usahawan-usahawan muda serta bilangan peserta jemaah juga akan bertambah pada masa akan datang.

Majlis itu dirasmikan oleh Presiden Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA), Senator Datuk Seri Ibrahim Kader.

Turut hadir pada majlis itu ialah Direktor Perhubungan Awam dan Komunikasi Malindo Air; Raja Sa’adi Raja Amri.


50 Individu Terpilih Tunai Umrah Percuma
Rokiah binti Musa

Sementara itu, beberapa bakal jemaah yang sempat ditemubual menyatakan kesyukuran dan keterujaan kerana terpilih untuk menunaikan ibadah umrah tersebut.

“Saya sungguh berasa terharu dan bersyukur kepada Allah Taala atas pemilihan saya diberi peluang untuk menunaikan umrah.

“Kalau ikutkan saya tak memang tak sangkalah secepat ini walaupun saya berniat untuk pergi umrah apatah lagi dalam keadaan sya yang tidak mempunyai apa-apa ini dipilih oleh Allah melalui insan yang berhati mulia, Datuk Malik.

“Saya bersyukur dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Malik, moga Allah memberi kesejahteraan dan kesihatan yang baik serta rezeki yang melimpah ruah kepadanya,” luah Rokiah Musa, 50; dari Seremban, Negeri Sembilan.

Manakala peserta jemaah lelaki pula, Amir Hamzah, 71; berasa teruja dan tidak percaya dalam usia emasnya diberi peluang untuk menunaikan umrah.

“Saya banyak seronok, ingat tak boleh pi pasai kita tak dak duit, tapi sekarang banyak seronok, banyak suka hati,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori