Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Tindakan Tun M Sertai...

SERDANG - Datuk Abdul Rahman Dahlan menyifatkan penyertaan Tun Dr. Mahathir Mohamad  bersama-sama...

Jabatan Penjara Diperguna Halang...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri...

Pemandu Kutuk Terang-Terangan Jenama...

MACAM-MACAM cara orang luahkan ketidakpuasan hati dan pengguna kereta ini menggunakan pelekat bagi menggambarkan perasaannya....

‘Pengkhianat’ Sampah Plastik Diberi...

KLANG - Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) memberi...

50 Prasekolah Di SJKT Akan Dibina Seluruh Negara

BANGI – Lima puluh pra sekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) akan dibina di seluruh negara tahun ini dan dijangka siap pada pertengahan 2018, kata Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata langkah ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menyediakan pendidikan awal kepada murid-murid kaum India sebelum memasuki tahun satu.

Dr Subramaniam, yang juga Menteri Kesihatan berkata projek pembinaan itu diharap bermula hujung tahun ini dengan peruntukan RM10 juta yang telah disediakan kerajaan Pusat.

“Kerja-kerja mengenal pasti tanah, kontraktor dan sebagainya sedang dijalankan,” katanya selepas merasmikan bangunan baharu dan majalah SJKT Bangi di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan; dan guru besar sekolah berkenaan, S. Thanaseelan.

Mengenai isu kelewatan dalam pembinaan sekolah, bangunan lambat siap dan kekangan dalam mendapatkan Sijil Menduduki (CF), Dr Subramaniam berkata: “Semua isu sedang ditangani. Kalau terbengkalai, itu adalah isu kontraktor.


“Perkara ini dipantau Jabatan Pendidikan peringkat daerah dan negeri,” katanya.

Beliau turut mengakui ada beberapa kontraktor pembinaan sekolah-sekolah SJKT mengalami masalah seperti tidak ada jalan penghubung ke sekolah itu.

Justeru, Dr Subramaniam menasihatkan Kementerian Pendidikan untuk memberi tumpuan kepada masalah kekangan seperti ini dalam rancangan pembinaan dan reka bentuk sekolah pada masa hadapan.

“Perkara ini perlu dilihat sebagai satu pakej dan dirancang secara menyeluruh supaya tidak hadapi isu-isu ini selepas bangunan sudah dibina,” katanya. – BERNAMA

Kategori