Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Keputusan Ujian Poligraf Tidak...

KUALA LUMPUR - Hasil ujian poligraf dijalani bekas penyelidik PKR, Muhammed Yusoff Rawther,...

166,363 Individu Divaksin Setakat...

KUALA LUMPUR - Seramai 166,363 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi Covid-19...

UMNO Ada Pelan B...

Umno mempunyai dua pilihan jika Pendaftar Pertubuhan (ROS) menolak pindaan perlembagaannya untuk menangguhkan...

Hakim New York Benar...

NEW YORK — Seorang hakim Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan keputusan yang membenarkan sejumlah bas di...

500 Pemandu Teksi Bawa Rombongan Raja Salman

JAKARTA – Berbeza kebanyakan negara yang menggunakan anggota tentera atau polis, Indonesia memanfaatkan khidmat pemandu teksi untuk membawa delegasi Raja Arab Saudi di negara itu.

Akhbar berpengaruh KOMPAS melaporkan, kira-kira 500 pemandu atau disebut sopir taksi dipilih daripada pelbagai syarikat teksi terbesar tempatan bagi mengangkut anggota rombongan Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

Untuk rekod, setelah melakukan lawatan rasmi selama empat hari di Malaysia, Raja Arab Saudi itu selamat tiba di Jakarta hari ini; iaitu julung kali selepas kakandanya, Raja Faisal pernah berbuat demikian pada 1970 lalu.

Bagi lawatan di sini, baginda bagaimanapun dibawa menggunakan dua buah kereta rasmi limosin Mercedes-Benz S600 yang diangkut khas terus dari Arab Saudi dengan pesawat syarikat penerbangan kebangsaan Saudia Airlines.

Manakala untuk 1,500 anggota rombongan termasuk 25 putera kerabat diraja dan 13 menteri, pemerintah Indonesia menyediakan ratusan kereta mewah sepanjang lawatan sembilan hari itu sehingga mereka bercuti di pulau Bali.

Uniknya, pemandu kenamaan yang dipilih khas itu hanya merupakan pemandu teksi biasa, namun mereka sudah lama dilatih dan berpengalaman luas dalam memandu jenama kereta mewah luar negara terutama jika kecemasan.

Maklumlah kali ini, mereka akan memandu pula model Mercedes-Benz E200 dan S Class serta Toyota Alphard dan Vellfire dikawal rapi pihak keselamatan dengan mengikut segala jadual padat program melibatkan Raja Salman.

Menurut seorang pemandu yang hanya mahu dikenali sebagai Sugiono, tiada syarat pelik untuk tujuan itu, malah mereka hanya perlu biasa dengan pelbagai ciri istimewa kenderaan tersebut kerana tetamunya amat eksklusif.


“Kami memang sudah biasa memandu teksi mewah dan untuk lawatan Raja Arab Saudi, semua pemandu wajib ada lesen kebenaran pengemudian kenderaan yang belum tamat tempoh sah,” jelasnya yang turut berbangga dipilih.

Seorang lagi pemandu teksi yang hanya dikenali dengan nama Ridwan menambah, dia sudah biasa membawa ramai penumpang kenamaan tempatan tetapi ini kali pertama melibatkan kalangan individu berprofil tinggi luar negara.

“Rasa takut memang pasti ada, namun saya sangat senang apabila dipilih,” jelasnya. Mereka juga perlu bersiap siaga sepanjang masa termasuk memandu pantas mengikut rombongan ditetapkan pihak penyelaras trafik protokol.

Dianggarkan terdapat lebih 30,000 buah teksi beroperasi di ibu kota Indonesia itu. Raja Salman kini dalam rangka lawatan jelajah beberapa negara Asia termasuk Brunei, Jepun, China dan Maldives. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori