Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Rapid Kuantan Cipta Sejarah...

KUANTAN - Rapid Kuantan bakal menggunakan Sistem Bas Bersepadu (Bus Integrated System -...

Artikel 13 Mei Howard...

KUALA LUMPUR – Tindakan Ketua Pemuda DAPSY, Howard Lee yang menulis sebuah artikel...

Remaja Maut Lepas 24...

DUNGUN - Selepas hampir 24 jam bertarung nyawa, seorang remaja yang kritikal akibat...

Dadah Diberi Untuk Lakukan...

SEORANG lelaki telah mendedahkan bagaimana kekasihnya telah diberikan dadah untuk melakukan seks dengan...

6 Ditahan, Dadah Bernilai RM54,000 Dirampas Di Maran

MARAN – Polis menahan enam lelaki dan merampas dadah bernilai RM54,800 dalam dua serbuan di sini minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Maran, DSP Mazlan Hassan berkata menerusi serbuan pertama pada 11.15 malam Rabu lepas, seorang lelaki berumur 25 tahun yang bekerja sebagai jurulektrik ditahan di dalam sebuah kereta di Plaza Tol Chenor.

“Hasil pemeriksaan dalam kereta suspek, pihak polis telah berjaya merampas heroin seberat 1816.1 gram, syabu dengan berat 100.73 gram dan Erimin 5 seberat 27.82 gram yang keseluruhannya bernilai RM45,000,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran hari ini.

Beliau berkata dalam serbuan kedua pula pada 5.30 pagi Sabtu lalu, polis menahan lima lelaki yang bekerja sebagai buruh ladang dan menganggur berumur antara 19 hingga 42 tahun di sebuah rumah sewa di Kampung Sungai Jerik.


“Di situ polis merampas syabu seberat 57.75 gram, heroin seberat 44.93 gram, ganja seberat 2.94 gram dan Erimin 5 seberat 5 gram yang keseluruhan bernilai RM9,800,” katanya.

Mazlan berkata keenam-enam suspek disyaki baru pertama kali terbabit dengan pengedaran dadah dan mereka sedang direman. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • polis

Kategori