Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Simpanan Pendeposit Tabung Haji...

KUALA LUMPUR -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pendeposit Lembaga Tabung...

Pembunuhan Kejam Model Hong...

NEW YORK: Empat orang ditahan berhubung kes pembunuhan kejam model dan pempengaruh Abby...

Rita Tak Pernah Bawa...

BAZAR ramadan kini seakan sudah menjadi satu kemestian buat setiap daripada kita bagi...

Perutusan Khas PM Mengenai...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual menyampaikan perutusan khas mengenai situasi semasa...

6 Lelaki Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Ejen Hartanah

KUALA LUMPUR – Enam lelaki dan seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh seorang ejen hartanah wanita dalam kejadian tembak di Taman Overseas Union Garden (OUG), tahun lepas.

Hakim Datuk Azman Abdullah menetapkan 13 hari untuk perbicaraan bermula 11 April. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aznika Mohd Anas.

M. Pal Ganapathy, 26; dan S. Vijendran, 29; didakwa membunuh Datin Wong Siew Ling, 32, di Jalan Hujan Emas 4, OUG, Off Jalan Klang Lama, antara 2 petang hingga 2.30 petang, 6 Julai 2016.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Lima lagi tertuduh, K. Sri Kanapathy, 34; Chen Yuen Ming, 41; Chin Kok Leong, 43; K. Sattiyarad, 29; dan seorang wanita Liew Lai Chen, 46, didakwa bersubahat membunuh wanita itu di tempat dan masa yang sama.


Bagi pertuduhan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pada 6 Julai tahun lepas, seorang ejen hartanah wanita maut di tempat kejadian manakala seorang anaknya cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka ditembak dalam kejadian yang berlaku kira-kira 2.30 petang. – BERNAMA

Kategori