Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Hutang: Kes Bunuh Lelaki...

ALOR SETAR - Kes bunuh seorang lelaki di belakang sebuah rumah di Lorong...

Perompak Arah Mangsa ‘Bank-in’...

JAKARTA – Seorang suri rumah di Sumatera Utara, Indonesia terkejut apabila seorang lelaki...

Kaza Sedih, Mohon Maaf...

HATI ayah mana yang tidak tenteram setelah nama anaknya menjadi topik bualan hangat...

451,237 Individu Lengkapkan 2...

KUALA LUMPUR - Seramai 451,237 individu melengkapkan dua dos suntikan vaksin menerusi Program...

6 Rumah Terbakar, Penghuni Hilang Tempat Tinggal

KUALA LUMPUR – Tiga belas penghuni hilang tempat tinggal apabila rumah mereka di Kampung Kovil, Sentul di sini musnah dijilat api awal pagi ini.

Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Samsol Maarif Saibani berkata dalam kebakaran pukul 5.45 pagi itu enam buah rumah dan dua buah kereta musnah.

“Seramai 20 anggota bersama lima jentera dari balai bomba dan penyelamat Hang Tuah, Titiwangsa, dan Jinjang dikerahkan ke lokasi sebaik menerima panggilan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya kesemua penghunui itu dapat menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan.


Beliau berkata kebakaran itu dapat dipadamkan pada 7.16 pagi dan jumlah kerugian dianggarkan kira-kira RM200,000.

Punca kebakaran masih disiasat. – BERNAMA

Kategori