Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Upacara Perasmian Sukan SEA...

MANILA - Temasya Sukan SEA ke-30 dibuka secara rasmi dengan penuh tradisi dalam...

Lelaki Maut Jentera Penggelek...

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut selepas jentera penggelek kendaliannya terjunam ke dalam gaung...

PAS Bantah Malaysia Sokong...

PAS Pusat membantah keputusan kerajaan Malaysia menyokong ketetapan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk...

Gaya Hidup Serba Sederhana...

JAKARTA - Gaya hidup pemimpin Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) memang menarik. Bukan sahaja cara...

7 Bulan Nafsu Terabai, Suami Nekad Tetak Isteri

KEJAM…Hanya kerana cemburu dan keengganan mangsa menjalinkan hubungan seks, seorang lelaki nekad membunuh isterinya di Dusun Baruga, Desa Bambaira, Kecamtan Bambaira, Kabupaten Mamuju Utara, Sulawesi Barat, Indonesia baru-baru ini.

Portal Regional melaporkan, suspek, Muhammad Amin yang berusia 34 tahun dipercayai membunuh isterinya, Ainun Safitri, 28, menggunakan sebilah parang dengan menetak beberapa bahagian badan Ainun sehingga pergelangan tangannya putus.

Pasangan suami isteri itu dilaporkan pasangan yang sah namun tinggal berasingan kira-kira tujuh bulan lalu.

Polis tempatan, AKBP Mashura berkata, mangsa diserang ketika baru pulang dari mengajar di sebuah sekolah berdekatan.

7 Bulan Nafsu Terabai, Suami Nekad Tetak Isteri

Menurutnya, suspek menyerang mangsa dengan parang dan menetak tubuh mangsa yang bekerja sebagai guru hingga meninggal dunia.

Akibat tetakan itu, mangsa mengalami cedera parah di punggung, kepala dan telinga serta pergelangan tangannya putus akibat cuba menghalang serangan suspek.


Selepas menyedari isterinya sudah tidak bergerak, suspek melarikan diri ke rumahnya dan cuba membunuh diri dengan menikam dadanya dan meminum racun rumput.

Kejadian berkenaan disedari penduduk kampung dan mereka menghubung polis untuk tindakan selanjutnya.

Suspek ditemui tidak sedarkan diri dan dihantar ke hospital Ako Mamuju Utara, Indonesia bagi menerima rawatan. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan.

Kategori