Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

PMKS Boleh Tangguh Laksana...

ALOR SETAR - Kerajaan memberikan kelonggaran kepada majikan usahawan perusahaan mikro kecil dan...

Azmin Kesal Anak Saudara...

KUALA LUMPUR - Pimpinan pembangkang cukup gembira jika maklumat siasatan oleh pihak berkuasa...

Pasar Raya Tak Boleh...

KUALA LUMPUR - Pihak pasar raya atau kedai diingatkan agar tidak membuat undang-undang...

Himpunan 355 Penting Untuk...

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru umat Islam...

ADUN Tungku Datuk Suhaili Said Meninggal Dunia

LAHAD DATU – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tungku, Datuk Mohd Suhaili Said, 56, meninggal dunia petang tadi di Hospital Gleneagles, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Kakaknya, Ajarah Said yang mengesahkan perkara itu berkata Allahyarham yang meninggal pada pukul 3.10 petang mengalami sakit kanser hati akan dibawa balik ke Kampung Remang.

“Saya mendapat maklumat ini daripada anak buah saya (anak arwah) dan berita ini sesuatu yang mengejutkan kerana arwah tidak menunjukkan tanda-tanda sakit sebelum ini.

“Saya merancang untuk ke Kuala Lumpur pada malam ini namun dia (anak buah) meminta kami seluruh keluarga agar menunggu di sini sahaja,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Difahamkan jenazah akan dibawa ke Kampung Remang, Jalan Silabukan di Tungku esok sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Kampung Segangan. – BERNAMA

Kategori