Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kemelut Dengan DAP: PAS...

KUALA LUMPUR - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pihaknya akan...

Laluan Baharu Daki Gunung...

KUNDASANG - Tinjauan awal bagi mengenal pasti laluan baharu mendaki gunung Kinabalu akan...

Guru Rebah Di Sekolah,...

KUCHING - Seorang guru wanita yang dipertanggungjawab membuat analisis Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)...

Primeworks Mohon Maaf Kepada...

KUALA LUMPUR - Syarikat penerbit rancangan 'Sukan Tak Sentral' memohon maaf kepada Watson...

Agong Sempurnakan Istiadat Perbarisan Pentauliahan

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini berkenan menyempurnakan Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet dan Pegawai Graduan ATM 2017 di Kem Perdana Sungai Besi, di sini.

Pada istiadat itu, Seri Paduka menyampaikan watikah pentauliahan kepada 339 Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraan yang tamat latihan bagi tempoh empat hingga lima tahun, sepanjang pengajian mereka di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Mereka terdiri daripada 194 pegawai kadet Tentera Darat Malaysia (TDM), 97 pegawai kadet Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan 48 pegawai kadet Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Pegawai Rendah Kanan Muhd Hafiz Muhd Yusoff dianugerahkan Pegawai Kadet Terbaik Keseluruhan Akademik Latihan Ketenteraan pada istiadat itu.


Beliau yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Kuasa itu menerima Piala Seri Perkasa dan sebilah pedang.

Turut hadir pada istiadat itu Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Timbalannya Datuk Seri Mohd Johari Baharum, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Naib Canselor UPNM Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin. – BERNAMA

Kategori