Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

Semua Bahagian UMNO Sabah...

KOTA KINABALU ā€“ UMNO Sabah akan bangkit semula dengan barisan kepimpinan baharu di...

MIC: Palanivel akan panggil...

PUTRAJAYA - Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel akan memanggil mesyuarat segera Jawatankuasa...

‘Murid Sekolah Jalani Saringan...

PUTRAJAYA : Mulai Isnin ini, murid sekolah rendah diwajibkan menjalani ujian saringan COVID-19...

10 Pokok Berbahaya Di...

BIASANYA, tumbuhan bukanlah hidupan yang dikaitkan dengan menjadi punca kematian atau keadaan yang...

Aktivis Didenda Tayang Filem Belum Lulus LPF

KUALA LUMPUR – Seorang aktivis didenda RM10,000 atau penjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menayangkan filem yang belum diluluskan Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Majistret Mohd Rehan Mohd Aris menjatuhkan hukuman itu selepas Lena Rasathi Hendry, 32, didapati bersalah pada 21 Februari lepas kerana menayangkan filem mengenai perang saudara di Sri lanka, ‘No Fire Zone: The Killing Fields of Sri Lanka’.

Lena, yang pernah bertugas sebagai koordinator di Pusat Komunikasi Masyarakat (Kosmas), didapati melakukan kesalahan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Jalan Maharajalela, di sini, pada pukul 9 malam, 3 Julai 2013.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6(1)(b) Akta Penapisan Filem 2002 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM30,000 atau kedua-duanya jika disabitkan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurakmal Farhan Aziz memanggil lapan saksi untuk memberi keterangan semasa perbicaraan sementara tertuduh, diwakili peguam New Sin Yew, memanggil tiga saksi. – BERNAMA

Kategori