TAHNIAH diucapkan kepada pasangan selebriti terkenal, Amar Bahrin dan Amyra Rosli yang tidak lama lagi bakal menimang cahaya mata sulung.
Berita gembira itu dikongsi pasangan ini menerusi laman Instagram mereka.
Menurut Amar, usia kandungan isterinya kini sudah pun mencecah tujuh minggu.
“Alhamdulillah ini berita gembira yang saya ingin kongsikan kepada semua. Sebenarnya pada 9 Mac lalu kami sudah mendapat tahu tanda awal kehamilan. Tapi kami tak mahu terlalu berharap.
“Sehinggalah semalam apabila Amyra dimasukkan ke hospital baru doktor mengesahkan perkara itu. Jadi baru saya boleh berkongsi berita kehamilan ini. Namun saya tak nak terlalu teruja kerana kandungan masih di peringkat awal,” katanya kepada Harian Metro.
Semalam, Amyra dimasukkan ke hospital selepas mengadu sakit perut dan muntah-muntah.
Pada masa yang sama, Amar memberitahu, isterinya juga tidak menunjukkan sebarang tanda kehamilan setakat ini.
Pasangan ini baharu sahaja pulang dari Australia bagi menjayakan program Project Theme Park terbitan Astro Ria.Â
Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada 11 November tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC