Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Polis Selangor Serbu 4...

SHAH ALAM - Anggota Unit Anti-Maksiat, Perjudian dan Gangsterisme (D7) Selangor menyerbu empat...

Subsidi Haji Untuk Yang...

KUALA LUMPUR : Pakatan Harapan (PH) mencadangkan subsidi haji diperuntuk secara bersasar, bukan...

VIDEO: Cinta… Ubah Persepsi...

CINTA itu buta, ungkapan tersebut sering kita dengar sekiranya merujuk tentang perasaan istimewa ini.Menarik dan...

Lima Warga Tempatan Didakwa...

KLUANG - Tiga lelaki dan dua wanita rakyat tempatan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen,...

Amfetamin, Bahaya Dan Natijah Yang Perlu Kita Tahu

KEMALANGAN maut yang disebabkan oleh seorang pemandu wanita yang memandu dalam keadaan jalan menentang arus telah menimbulkan perasaan marah netizen terhadap wanita tersebut.

Kemalangan tragik yang berlaku di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari Sungai Dua menghala Butterworth itu telah mengorbankan seorang juruteknik, Muhammad Fandi Rosli, 26, yang ketika itu sedang dalam perjalanan ke rumahnya selepas habis waktu bekerja.

Menurut pihak berkuasa, gadis berusia 19 tahun yang dikenali sebagai Ng Pei Ven, 19, itu dipercayai berada di bawah pengaruh dadah jenis amfetamin selepas melakukan ujian air kencing.

Memetik Rojak Daily, Amfetamin merupakan sejenis dadah peransang buatan manusia.

Dadah jenis ini berupaya mengaktifkan sistem tertentu dalam otak sehingga menyebabkan si penagih mengalami ketagihan teruk.

Amfetamin dikatakan cukup terkenali di kalangan para penagih baharu yang menganggap dadah itu ‘selamat’ dari sebarang kesan ketagihan.

Ia merembeskan neurotransmiter dopamin iaitu sejenis bahan kimia yang merangsang sel-sel otak, sekali gus memberikan satu perasaan keseronokan dan keterujaan buat si pengambilnya.

Di bawah merupakan antara bahaya dan kesan-kesan buruk jika seseorang itu mengambil dadah jenis amfetamin.

1. Pengguna yang baru pertama kali mengambil amfetamin, kesan yang dirasai ialah peningkatan fokus dalam aktiviti yang dilakukan, peningkatan kadar nadi serta tekanan darah, tidak boleh tidur, dan hilang selera makan.

2. Wujud perasaan yakin pada diri sendiri dan boleh berjaga tanpa tidur selama 2,3 hari.


3. Amfetamin boleh menghilangkan keletihan, menimbulkan rasa kesegaran, percaya kepada diri sendiri dan berasa gembira. Namun, ia akan diikuti dengan perasaan kecewa atau sugul.

4. Penagih akan mula gelisah, fikiran keliru, kesakitan dada dan abdomen, mual dan muntah, sakit kepala dan suhu badan meningkat.

5. Penagih akan mengalami tekanan darah tinggi, jantung tidak dapat berfungsi secara normal, pendarahan pada otak akibat tekanan darah tinggi, kancing gigi dan sawan.

6. Penagih juga boleh menunjukkan ciri-ciri psikotik (kurang siuman), antaranya halusinasi pendengaran, gangguan mood dan delusi.

7. Penagih kronik akan berasa mempunyai kebolehan luar biasa dan akan bertindak ganas. Mereka mampu melakukan aksi berani seperti cubaan terbang dari bangunan tinggi.

8. Jika terlalu kronik, penagih boleh menjadi gila sekiranya tidak berakhir dengan maut. – MYNEWSHUB.CC 

Kategori