Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Tentera Myanmar Kelar Leher,...

WASHINGTON - Pasukan pemerhati menyatakan tentera Myanmar mengelar leher penduduk Islam Rohingya dan...

PAS Minta Kerajaan Terus...

KUALA LUMPUR - PAS meminta kerajaan supaya mengabaikan dakyah yang disebarkan kononnya pendakwah...

Muhyiddin Dipanggil Menghadap Sultan...

BEKAS Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal menghadap Sultan Johor, Sultan...

LHDN Akan Gempur Lebih...

GEORGETOWN - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan melakukan lawatan, audit dan siasatan...

Anak-Anak Ziana Zain Tiada Akaun Laman Sosial

BAGAIKAN satu trend, memiliki sekurang-kurangnya satu akaun laman sosial merupakan satu kewajipan buat semua orang khususnya anak-anak muda.

Pun begitu, berbeza pula pendirian anak-anak kepada penyanyi terkenal Ziana Zain.

Ini kerana, menurut Ziana, anak-anaknya iaitu Muhammad Aiman, 17, dan Muhammad Ammar, 13, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 8, tidak mempunyai akaun laman sosial.

“Anak saya kurang terdedah dengan laman sosial. Dulu, anak pertama saya, Aiman mempunyai laman Facebook. Selepas dia mempunyai laman sosial tersebut, ramai orang yang mahu add Aiman sebagai kawan.

“Kebanyakan orang yang add Aiman merupakan kawan-kawan serta peminat saya, bukannya kawan Aiman. Jadi, dia mengambil keputusan untuk memadam akaun tersebut,” kata Ziana kepada Astro Gempak.

Pun begitu, Ziana akui dia berharap anaknya tidak terlalu terdedah kepada media sosial suatu hari nanti.


“Kalau boleh saya tak mahu anak saya terdedah dan terlalu leka dengan laman sosial. Namun begitu, perubahan teknologi di zaman sekarang memang sukar untuk saya jangka.

“Saya pun tak tahu apa yang bakal terjadi di masa hadapan. Buat masa sekarang, saya tidak nampak mereka mempunyai minat dan leka terhadap perkara tersebut,” katanya lagi.

Empat cahaya matanya itu merupakan perkongsian hidup bersama Armin Zaharin Ahmad Zambri. – MYNEWSHUB.CC

Kategori