JAKARTA – Penyanyi Indonesia, Muhammad Rhido Rhoma, iaitu anak kepada raja dangdut legenda Indonesia, Rhoma Irama, ditangkap polis Indonesia kerana didapati memiliki dadah
Anak lelaki bongsu Rhoma yang berusia 28 tahun itu, malahan mengaku bahawa dia sebenarnya sudah ketagih lebih dua tahun dalam menyalahgunakan dadah sintetik popular jenis ice.
“Pengakuannya bahawa dia sudah pernah menyalahgunakan selama dua tahun,” jelas anggota polis yang hanya dikenali sebagai Suhermanto kepada laman berita tempatan Detikcom.
Setakat ini, Rhoma, 70, yang pernah mengkritik goyang ‘gerudi’ erotik Inul Daratista pada 2003 lalu sehingga mencetuskan kontroversi, belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan.
Ridho yang menyanyi sejak 2009 dilaporkan ditangkap pihak polis di daerah Daan Mogot, Jakarta Barat di sini pada Sabtu sekitar pukul 4 pagi waktu tempatan (5 pagi waktu Malaysia).
Pihak polis kemudian menemui paket dadah ice, ketamin dan alat penghisap dadah berais semasa Ridho ditangkap. Dia yang juga aktor filem tempatan dikatakan belum lagi berkahwin.
Dadah ice itu ditemui disembunyikan di dalam sebuah kereta yang dipandu oleh Ridho sendiri. Menurut laporan Detikcom, kereta tersebut kini dirampas polis untuk siasatan lanjut.
Ridho merupakan anak hasil perkahwinan Rhoma dengan Marwah Ali, iaitu isteri ketiga selepas bercerai dengan mualaf asalnya Kristian, Veronica dan Ricca Rachim. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA