Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Khir Toyo Bimbang Percaturan...

SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo yang baru...

Isu Lynas: DAP Dicabar...

KUALA LUMPUR - Gerakan mencabar DAP untuk berpecah dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia...

Ekspatriat Boleh `Overstay’ Sehingga...

KUALA LUMPUR - Bakat-bakat asing yang berkerja di negara ini diberi moratorium atau...

Kedutaan AS Di Malaysia...

KUALA LUMPUR - Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia akan ditutup pada 25...

Anak Mami Beri ‘Warning’ Buat Lelaki Bujang

SEORANG pengguna laman Facebook; Farah Elmo menjadi sensasi di laman sosial gara-gara video pesanan pedasnya untuk lelaki bujang di luar sana.

Di dalam video itu, Farah memberi peringatan kepada kaum adam yang tergolong dalam kategori malas bekerja supaya jangan berangan atau bercita-cita untuk berkahwin dengan anak dara orang.

Malah dia juga menasihatkan kepada jejaka-jejaka bujang supaya mencari kerja dahulu dan berbakti serta melunaskan tanggungjawab kepada orang tua sebelum berkeinginan mendirikan rumah tangga.

“Kahwin mau tapi kerja tak mau, pi kerja dulu cari duit cari rezeki bagi mak pak hang makan baru mai mengorat anak dara orang nah.

“Kalau hang pun perangai macam apa lagi tak tau lepaih tu hang nak kahwin nak gatai, kahwin mau kerja tak mau, kepala hotak hang berjamboi, nah hang pi kerja dulu baru hang mai mengorat.

“Hang tok sah duk kacau anak dara orang bawa anak dara orang ke hulu hilir nah, kalau hang tak dak tanggung jawab, nah aku bagi warning kat hang nih.

“Kalau hang tak ada tanggung jawab, hang jangan usik anak dara orang,” pesannya.

Perkongsiannya itu ditonton lebih 324,000 kali oleh pengguna laman sesawang dan dikongsi lebih 5,000 kali oleh netizen.


Rata-rata pengguna laman sosial wanita bersetuju dengan kata-kata yang disuarakan olehnya.

Namun nasihat pedas itu mengundang panas hati segelintir kaum adam dan bertindak membidas kembali kata-kata Farah itu.

“Hang kak kalau x pandai masak..x pandai basuh kain..bangon tido pon pukul 12 tgh hari..masak nasi pon boh air penuh smpai air meleleh..main FB 24 jam..bilik x reti nk kemas..abis duit pi beli mackup beli topup buat intenet lps tu tiap2 ari nk selfie..dlm jamban pon nk selfie mkn donut pon nk post dlm wecht kpla bapak..haa apa lg..ak pon x tw..jd ang jgn nk gatai2 nk menikah…mak hang rosmah,” tulis Penunggu Instihar.

Manakala Amirul Syafiq pula: “Mulut tu jga skit kak oi..xsoh nk warning bgai la..msing2 tau tanggungjawab msing2 la..jgn dok trlalu fikir slh lelaki je..klu mulut hg capui lagu ni la..lelaki bertaraf imam pon boleh jd gila weyh..haha..stay cool girl.”

“Bagi pelempang/sepak nak x? Mulut tu jaga sikit. Zaman ni dgn GST lagi bukan senang nak stable. Kalau u nak perfect giler, hang pi luar negara je la kita x rugi pun. Senang cakap, mulut celopar,” tulis Isaiah Zachary. – MYNEWSHUB.CC

Kategori