Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

Bursa Malaysia Meningkat Semula...

KUALA LUMPUR - Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini namun mencatatkan peningkatan semula...

Agong, Raja Permaisuri Adakan...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan...

Samsung Mohon Maaf Jadi...

SEOUL - Naib Pengerusi Kumpulan Syarikat Samsung, Lee Jae-yong pada Selasa secara rasmi...

7 Makanan Yang Boleh...

Ada beberapa jenis makanan bukan sahaja berfungsi untuk kesihatan tetapi mempengaruhi juga cara...

MH370: Anak Sebut Papa Pertama Kali Lihat Gambar

PAPA… Itulah perkataan pertama yang disebut anak pramugara Malaysia Airlines (MAS) MH370, Mohd. Hazrin Hasnan sebaik sahaja melihat gambar bapanya untuk pertama kali.

Intan Maizura Othman berkata, kejadian itu berlaku ketika dia menunjukkan gambar suaminya kepada Muhammad yang pada waktu itu berusia 10 atau 11 bulan.

Menurutnya, mereka sekeluarga terkejut kerana mereka tidak pernah memberitahu gambar lelaki berkenaan adalah bapa yang tidak sempat dikenalinya.

“Saya tunjukkan gambar ayahnya dan perkataan itu (papa) yang keluar dari mulutnya. Ini kuasa Tuhan kan,” katanya.

Kini, Muhammad bakal menyambut hari lahirnya yang ketiga Mei ini.

Mengimbau kembali insiden tiga tahun lalu, Intan Maizura ketika itu sedang sarat mengandung anak keduanya terkejut apabila dimaklumkan mengenai pesawat MH370 yang membawa suaminya dilaporkan hilang.

Anak kecil itu tidak sempat melihat wajah ayahnya apabila pihak berkuasa mengisytiharkan secara rasmi semua penumpang pesawat Boeing 777 itu terbunuh dan kemungkinan juga terkubur.

Meskipun Intan Maizura menerima hakikat Mohd. Hazrin sudah tiada, tetapi dia tetap menantikan jawapan mengenai kehilangan pesawat itu untuk dirinya dan seorang lagi anak mereka, Iman yang kini berudia 8 tahun.


“Kadang-kadang Iman akan bertanyakan ayahnya. Selalu dia tanya bila dapat jumpa. Saya jawab mungkin suatu hari nanti, kalau Iman selalu berdoa dan jadi orang baik,” katanya.

Menurutnya, perjalanan hidupnya sebagai ibu tunggal mendapat sokongan daripada keluarga dan mertuanya yang banyak membantu selain kekuatan daripada dua anaknya.

Intan yang masih mengingati kata-kata terakhir Mohd. Hazrin kepadanya iaitu ‘Aku mencintaimu’ sering dijadikan kata-kata semangat untuk teruskan hidup membesarkan anak-anaknya.

Sejak 8 Mac 2014, misteri kehilangan pesawat jenis Boeing 777 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing masih belum terungkai.

Ia turut menimbulkan pelbagai teori dan spekulasi yang sebahagiannya kedengaran seperti tidak masuk akal. – MYNEWSHUB.CC

Kategori