Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

APMM & Maritim Thailand...

SATUN, SELATAN THAI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan pihak berkuasa maritim...

Mayat Gelandangan Ditemukan Di...

GEORGE TOWN - Mayat lelaki yang dipercayai gelandangan ditemukan terapung di Sungai Pinang...

Wanita Hamil Keguguran Ditendang...

SEORANG wanita hamil keguguran setelah ditendang di bahagian perut dalam satu serangan berdekatan...

Pastikan Projek Kerajaan Di...

LABUAN - Sejak beberapa hari lepas, Anggota Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli sibuk...

Ancaman Daesh Di Tapah: Tiada Kawalan Khas Diambil

IPOH – Tiada langkah khas yang diambil bagi mengawal keselamatan semua balai polis di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah yang dipercayai diancam gerakan militan Daesh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Gan Tian Kee berkata keadaan di semua balai di IPD itu juga adalah terkawal.

Polis Diraja Malaysia telah meningkatkan kawalan keselamatan di semua formasinya bagi menangani ancaman terutama militan Daesh sejak arahan dikeluarkan tahun lepas, katanya kepada pemberita selepas Sambutan Memperingati Hari Polis ke-210 Kontinjen Perak, di sini hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan berjaya mematahkan cubaan melancarkan serangan ke atas balai polis di Tapah susulan penangkapan seorang lelaki yang dipercayai anggota Daesh.

Suspek berusia 31 tahun itu dan bekerja sebagai pembantu kedai makan dipercayai merancang menggunakan bom kereta. Dia antara sembilan suspek anggota Daesh yang ditahan polis di beberapa lokasi antara 15 Mac hingga Selasa lalu.


Sementara itu, Gan berkata polis tetap mengadakan kawalan proaktif di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kangsar sekalipun bahas antara bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir serta Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di situ telah dibatalkan.

“Kawalan ini diadakan supaya kita dapat menjaga ketenteraman awam,” katanya.

Sebelum ini, bahas itu dijadualkan berlangsung di dewan MRSM berkenaan pada 2.30 petang hari ini namun permohonan penganjur untuk mendapatkan permit bagi acara tersebut ditolak oleh polis. – BERNAMA

Kategori