Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Ika Nabella Bakal Diijabkabulkan...

PELAKON dan bekas pelajar Akademi Fantasia musim keenam, Ika Nabella bakal mendirikan rumah...

Ismail Sabri: Saya...

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri menyatakan kenyataannya sebelum...

Malaysia, Singapura Sepakat Terus...

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Singapura akan terus perbincangan dan mencapai persetujuan bagi...

“Poyolah, Pinjam Sikit Pun...

MUNGKIN anda akan bersetuju dengan apa yang ingin kami perkatakan ini.. Tidak kira tua...

Anggota Polis Minta Dibicara Atas Tuduhan Rasuah

KUCHING – Seorang anggota polis berpangkat koperal hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah di sini terhadap tuduhan rasuah.

Tertuduh Zuliskandar Zolkeflee, 39, menghadapi tuduhan menerima wang rasuah RM250 daripada seorang lelaki supaya tidak mengambil tindakan terhadap dua lelaki, yang masing-masing dipercayai memandu tanpa memiliki lesen memandu yang sah dan seorang lagi disyaki menyalahgunakan dadah.

Zuliskandar yang bertugas dengan Unit Rondaan Bermotosikal Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching dituduh melakukan kesalahan itu pada 6 Sept tahun lalu di Jalan Kerunding, di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 24 akta sama.

Jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda tidak melebihi lima kali ganda nilai rasuah.


Hakim Nixon Kennedy Kumbong menetapkan 17 hingga 21 April depan untuk perbicaraan kes berkenaan dan membebaskan tertuduh dengan wang ikat jamin RM8,000 dengan dua penjamin tempatan serta dia diminta melaporkan diri di pejabat SPRM pada setiap hari Sabtu.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Ikhwan Mohd Ibrahim. – BERNAMA

Kategori