Saturday, July 6, 2024

Creating liberating content

Program B’Frenz Sasar Produk...

645 RIBU usahawan tempatan yang selama ini bergantung pada keadah pemasaran percuma di...

Lelaki Bogel Serang Polis...

KUANTAN - Seorang lelaki kurang siuman yang berbogel bertindak agresif menyerang anggota polis...

Ketum: Polis Padang Besar...

PADANG BESAR - Polis menahan enam lelaki tempatan dan merampas lebih 414 liter...

Jaga Kesihatan Semasa Hari...

KUALA LUMPUR - Setelah sebulan umat Islam berpuasa menahan diri daripada lapar dan...

Annuar Musa Garis Prinsip 5P Bagi Kemenangan UMNO

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa hari ini menggariskan formula ‘5P’ untuk UMNO mencatur strategi bagi memenangi pilihan raya umum akan datang.

Prinsip 5P itu iaitu Pemimpin, Parti, Persahabatan, Pengundi dan Perjuangan dalam mencapai dan merapatkan saf perjuangan.

Katanya kesetiaan kepada pemimpin dan parti mestilah diutamakan bagi meneruskan kesinambungan parti UMNO.

“Sejak awal penubuhan UMNO lagi dasar memelihara persahabatan dan permuafakatan antara UMNO, MCA dan MIC merupakan tapak kekuatan Barisan Nasional.

“Kita juga perlu bersedia untuk berkhidmat kepada pengundi dan bukan hanya berkhidmat secara bermusim kerana kekuatan kita adalah daripada rakyat di akar umbi,” katanya dalam ucapannya di Majlis Penerangan dan Pemantapan Ilmu Pejuang Melayu di sini, hari ini.


Acara itu turut dihadiri Timbalan Ketua Umno Bahagian Gombak, Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin dan kira-kira 300 orang penduduk di kawasan Parlimen Gombak.

Prinsip yang terakhir iaitu kepercayaan kepada perjuangan parti, agama, bangsa dan negara juga merupakan faktor yang penting dalam memastikan kemenangan UMNO. – BERNAMA

Kategori