Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Lebih 100,000 Kematian Akibat...

WASHINGTON - Angka kematian di Amerika Syarikat (AS) terus melepasi 100,000 orang ketika...

UPSI Jalin Kerjasama Dengan...

IPOH - Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan...

Logo Apple Di Belakang...

PERANTI keluaran Apple mudah dikenali walaupun dilihat dari bahagian belakang.Logo Apple dan perkataan...

Pos Malaysia Keluar Edisi...

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan mengeluarkan edisi kedua siri...

APM Selangor Sasar Latih 56,000 Sukarelawan

KLANG – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangor menyasarkan untuk melatih 56,000 sukarelawan dengan kemahiran pertolongan cemas dan persediaan menghadapi bencana alam sepanjang tahun ini.

Pengarah APM Selangor, Kolonel (PA) Ahmad Afandi Mohamad berkata sasaran latihan itu meliputi 1,000 sukarelawan bagi setiap 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

Beliau berkata sehingga semalam, APM Selangor dianggotai 44,000 sukarelawan berdaftar dan terlatih dengan 8,200 daripadanya merupakan anggota aktif.

“Apa yang kita lihat, kesedaran orang awam dalam menghadapi bencana seperti banjir semakin meningkat dan ia adalah hasil daripada pelbagai program dekati
masyarakat yang dijalankan APM sebelum ini.

Disebabkan itu, kita mahu lebih banyak sukarelawan diberi latihan kemahiran sebegini kerana ia dapat membantu mereka, keluarga dan juga orang sekeliling dengan cepat,” katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam ke-65, di sini hari ini.

Ahmad Afandi berkata usaha berkenaan juga adalah bagi memastikan tempoh lapan minit waktu tindak balas APM ketika berlaku sebarang kecemasan dan kejadian bencana di Selangor dapat dicapai.


Selain itu, beliau berkata sepanjang tahun lepas, sebanyak 40,000 kes kecemasan, khidmat kemanusiaan dan bencana diterima APM Selangor yang majoritinya berkaitan kemalangan jalan raya.

Kata Ahmad Afandi, insiden ban pecah di Kapar dan Sabak Bernam susulan kejadian air pasang besar pada hujung tahun lepas juga dijadikan pengalaman terbaik angkatan itu dalam merapikan persediaan menghadapi sebarang bencana tidak diduga.

Mulai tahun ini, APM Selangor menjadi perintis kepada program Tunas Pertahanan Awam (TusPA) apabila tiga sekolah rendah di negeri ini dipilih untuk diterapkan kesedaran dan kemahiran mengenai pertahanan awam.

“Setakat ini program TusPA diwujudkan di tiga sekolah rendah iaitu di Ampang, Petaling Jaya dan Kajang yang mana kita akan dedahkan kemahiran kecemasan dan sebagainya malah dijangka akan diperluaskan ke seluruh negeri pada masa depan,” katanya. – BERNAMA

Kategori