Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pengguna LRT, MRT &...

KUALA LUMPUR, – Orang ramai yang berhasrat menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT),...

Bomba Yakin Nora Anne...

NILAI - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yakin gadis warganegara Ireland, Nora...

Anwar Sering Kritik Dr....

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa bekas Perdana Menteri, Tun...

Henti Polis Pengiring Mahathir...

KUCHING - Tindakan menghentikan pengiring bermotosikal polis ke atas mantan Perdana Menteri, Tun...

APMM Sedia Ambil 3 Mangsa Culik Abu Sayyaf

PUTRAJAYA – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berminat mengambil kerja tiga mangsa culik yang berhasrat menyertai agensi itu, kata Ketua Pengarahnya Laksamana Maritim, Datuk Seri Ahmad Puzi Ab. Kahar.

Beliau berkata mereka yang merupakan kru bot tunda Serudong Tiga mempunyai kelebihan kerana memiliki kepakaran dalam ilmu kelautan.

“Pengambilan mereka boleh dilakukan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) atau Pasukan Sukarelawan Simpanan Maritim Malaysia (PSSMM) melalui kerahan tenaga.

“Segala kepentingan mereka ini sentiasa diberi keutamaan dan setara dengan penjawat awam yang lain mengikut kaedah-kaedah sedia ada,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tiga mangsa culik itu Fandy Bakran (27), Mohd. Jumadil Rahin (24) dan Mohd. Ridzuan Ismail (33) menyatakan hasrat menyertai APMM dalam sidang media di kediaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Duta, Kuala Lumpur semalam.

Ahmad Puzi yang menziarahi mangsa culik kumpulan militan Abu Sayyaf itu di Hospital Selayang semalam telah mendapat pengesahan bahawa mereka bertiga ingin menyertai agensi tersebut.

Beliau berkata mereka mahir di kawasan perairan Sabah Timur, mahir berkomunikasi dalam bahasa setempat serta berpengetahuan luas mengenai keadaan cuaca dan selok-belok keluar masuk perairan.


“Maritim Malaysia percaya mereka dapat memberi sumbangan yang amat besar kepada operasi penguatkuasaan maritim dan juga dalam aspek-aspek yang akan memberi manfaat kepada negara dan rakyat di negara ini,” katanya.

Ketiga-tiga mereka diselamatkan dalam satu operasi di kawasan umum Punay (Publicion) Panglima Estino, Filipina pada 11.30 malam Ahad.

Pada 23 Mac, dua lagi mangsa culik bot tunda Serudong Tiga Abdul Rahim Summas, 62, dan Tayudin Anjut, 45, turut diselamatkan pasukan keselamatan Filipina di selatan republik itu.

Kelima-lima mereka yang merupakan kru kapal tunda itu, diculik sekumpulan lelaki bersenjata pada 18 Julai tahun lalu di perairan Dent Haven, Lahad Datu, Sabah. – BERNAMA

Kategori