Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Untung Sebelum Cukai Suku...

KUALA LUMPUR - Keuntungan sebelum zakat dan cukai KPJ Healthcare Bhd pada suku...

Melalui ‘Getaran’ Kita Hasilkan...

AKTIVIS liberal, Siti Kasim mendedahkan dalam sebuah rancangan temubual media berbahasa Cina beberapa...

FAQ Sektor Peruncitan ‘Perintah...

1. Adakah operasi pusat pengedaran dibenarkan beroperasi seperti biasa?Operasi pusat pengedaran yang membabitkan...

Pertikaian Laut China Selatan...

KUALA LUMPUR - Pertikaian mengenai Laut China Selatan, yang melibatkan beberapa negara anggota...

APMM Selamatkan Wanita Singapura Sakit Jantung

GEORGE TOWN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menyelamatkan seorang wanita warga Singapura yang mengalami serangan jantung ketika dalam pelayaran dari Pulau Pinang ke Phuket, Thailand malam tadi.

Dalam kejadian 7.35 malam itu, mangsa Kam Ten Pon, 67, dikatakan mengalami serangan jantung ketika berada di atas kapal persiaran mewah ‘Ovation Of The Seas’, sebelum panggilan kecemasan dibuat kepada APMM.

Ketika itu, kapal tersebut berada kira-kira 4.12 batu nautika dari sini.

Pengarah Maritim Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, Rozali Mohd Said berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan meminta bantuan membawa mangsa ke hospital dengan segera.

“Sepasukan anggota telah pergi ke kapal berkenaan sebaik maklumat diterima dan membawa pulang mangsa dalam keadaan selamat ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Teluk Bahang,” katanya di sini hari ini.


Beliau berkata mangsa kemudian dibawa ke Hospital Balik Pulau untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Keadaannya kemudian dilaporkan stabil. – BERNAMA

Kategori