Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ibrahim Tawar Diri Bantu...

Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Ibrahim Ali, menawarkan diri untuk membantu keranaan...

Kastam KLIA Patahkan Cubaan...

SEPANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) berjaya...

Video CCTV Ini Bukti...

KISAH hantu penghisap darah manusia iaitu vampire yang ditonjolkan menerusi filem seram terkenal 'Twilight' mungkin...

`Pontianak’ Dipenjara 10 Tahun...

Pontianak dihukum penjara 10 tahun. Jangan terkejut tetapi dia adalah Thomas Gough, 20,...

Apple Hasilkan Buku ‘Mampu Milik’ Berharga RM949

INGINKAN sebuah MacBook namun terpaksa membatalkan niat disebabkan harganya yang terlalu mahal?

Kini anda jangan khuatir kerana Apple Malaysia baharu sahaja mengeluarkan sebuah lagi “book” dengan harga yang tidak terlalu mahal.

Tidak seperti rekaan model-model lamanya yang memerlukan pengecasan bateri, ‘buku’ ini tidak memerlukan penjagaan yang sebegitu rapi dan ia di datangkan dengan rekaan yang begitu minimalis.

Memperkenalkan, sebuah buku fizikal yang dinamakan sebagai Designed by Apple in California.

Apple Hasilkan Buku 'Mampu Milik' Berharga RM949

Apple Hasilkan Buku 'Mampu Milik' Berharga RM949

Ia merupakan sebuah buku berkulit tebal yang menghimpun sejarah sepanjang 20 tahun seni reka bentuk yang dihasilkan oleh Apple.

Buku ini mengumpulkan lebih 450 koleksi gambar produk rekaan ikonik Apple antaranya iMac pada tahun 1998 hingga Apple Pencil tahun 2015.

Apple Hasilkan Buku 'Mampu Milik' Berharga RM949


Apple Hasilkan Buku 'Mampu Milik' Berharga RM949

Apple Hasilkan Buku 'Mampu Milik' Berharga RM949

Turut didokumentasikan adalah bahan dan teknik yang digunakan oleh pasukan rekaan Apple yang cukup berinovasi.

Jadi berapakah harga senaskah buku yang penuh dengan ciri-ciri premium dan kesenian ini?

Tidak mahal, ia ditawarkan melalui Apple Online Store Malaysia dengan harga USD199 (RM949) untuk saiz kecil dan USD299 (1350) untuk saiz besar.

Bagi pengguna tempatan yang meminati produk Apple, dan ingin mengetahui lanjut mengenai rekabentuk dan sebagainya mungkin anda boleh dapatkan buku ini dengan segera dan perlu diingatkan ia tidak didatangkan dengan servis waranti “Apple Care”. – MYNEWSHUB.CC

Kategori