Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Pemandu Pelancong Didakwa Kendali...

BALIK PULAU - Seorang pemandu pelancong didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari...

Perlu Bentuk Jawatankuasa Khas...

SEMPORNA - Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Ramlee Marahaban berkata ada keperluan agar diwujudkan...

Segala Kemungkinan Kerjasama UMNO-PAS

KOTA BHARU - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Persekutuan diterajui Barisan...

2 Guru Tadika Didakwa...

MELAKA - Dua bekas guru pusat asuhan kanak-kanak mengaku tidak bersalah di Mahkamah...

Artis Perancis Cuba Menetas Telur Pula

PARIS – Selepas tinggal dalam arca beruang selama dua minggu dan dalam batu selama seminggu, ahli seni Perancis, Abraham Poincheval kini cuba menetas telur ayam pada Rabu.

Dalam aksi terbaharunya itu, Poincheval, 44, akan meniru ayam dengan mengeramkan 10 telur dengan haba badan sehingga ia menetas dalam sebuah vivarium gelas di Muzium Palais de Tokyo di sini.

Beliau menjangka usahanya itu akan mengambil masa antara 21 hingga 26 hari.

Dalam eksperimennya ini, Poincheval duduk di kerusi dengan telur dalam bekas di bawah kerusi itu.

Mengikut kiraannya, haba dari tubuhnya akan mengekalkan suhu yang diperlukan untuk menetas telur tersebut.

Untuk mengekalkan suhu badan pada tahap tinggi, Poincheval menyelubungi dirinya dengan selimut penebat tebal.

Artis itu hanya boleh berdiri dan meninggalkan tempat itu tidak lebih dari 30 minit sehari untuk menerima makanan yang dibawa kepadanya.


Bagaimanapun, Poincheval tidak akan meninggalkan tempat itu untuk ke tandas dan satu kotak disediakan untuk buang air.

Usaha ini kali pertama Poincheval meneroka dunia kehidupan.

Bulan lalu, Poincheval tinggal di dalam lubang pada batu kapur yang diukir seperti bentuk badan di museum sama di Paris.

Pada April 2014, dia tinggal dalam arca beruang teracu di Muzium Memburu dan Alam Semula Jadi di Paris dan makan cacing serta kumbang untuk mencerminkan pemakanan beruang. – Reuters/myMetro Online

Kategori