Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Proton Naik Harga Semua...

KUALA LUMPUR - Pengeluar automotif tempatan, Proton Holdings Berhad (Proton) akan melaksanakan langkah...

Najib Berdialog Mengenai Ekonomi...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan dialog...

‘Saya Beri Perhatian Berat...

TUARAN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sejak mengambil alih...

Lelaki Hilang Ketika Berlayar...

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki tempatan yang hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam...

Awek Pantai Timur Gaduh Rebut Boyfriend

PENGGUNA laman penstriman video YouTube menggunakan nama Staff KV berkongsi tiga video pendek pergaduhan antara dua remaja perempuan dikatakan berebut seorang lelaki bernama Arif.

Menerusi percakapan yang kedengaran di dalam video tersebut, kejadian itu berlaku di salah sebuah negeri di Pantai Timur namun butiran terperinci tidak dinyatakan.

Di dalam video itu, seorang remaja perempuan yang memakai baju merah diasak pertanyaan bertalu-talu daripada seorang lagi remaja perempuan bertudung biru yang mengaku dirinya kekasih kepada lelaki bernama Arif sambil disaksikan oleh beberapa lagi remaja lain.

Selang beberapa saat bertikam lidah, gadis bertudung biru dilihat bertindak menenyeh kepala remaja berbaju merah itu sebelum diikuti oleh salah seorang rakannya.


Tambah malang lagi, remaja itu turut diserang oleh gadis bertudung biru sambil disorak rakan-rakannya yang lain.

Video yang tersebar itu terhenti di situ sahaja. Tidak dapat dipastikan apa yang berlaku selepas itu.

Apa-apa pun, pesan kami buat insan yang bergelar perempuan, peliharalah dirimu dengan perasaan malu dan tak usahlah berebut lelaki yang belum tentu lagi jadi mahram kamu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori