Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Susun Aktiviti Susulan Lanjutan...

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sepatutnya berakhir lima hari lagi...

PRK KKB: Polis Buka...

SHAH ALAM: Polis menahan dua individu dan membuka dua kertas siasatan daripada tujuh...

Honda Malaysia Lancar Pusat...

KUALA LUMPUR – Honda Malaysia membuka Pusat 3S baharu di Bandar Botanic Klang,...

Jepun Lulus Bajet Pertahanan...

TOKYO - Kerajaan Jepun hari ini meluluskan bajet pertahanan terbesar bagi tahun fiskal...

Bahan Kimia ‘Solderite’ Tumpah Dalam Kemalangan

IPOH – Bahan kimia jenis ‘solderite’ tumpah di dalam lori dan bahu jalan apabila lori membawa muatan itu berlanggar dengan sebuah lori lain di Km 396.3 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dekat Tanjung Malim awal hari ini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim Abd Rahim Shaari berkata pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu kira-kira 3.57 pagi.

“Akibat pelanggaran itu satu tong berisi 25 liter bahan kimia telah tumpah di dalam lori dan bahu jalan.

Bahan Kimia 'Solderite' Tumpah Dalam Kemalangan Di Tanjung Malim
Foto Sinar Harian

“Setibanya sepasukan anggota di lokasi kejadian, bahan kimia itu didapati sudah kering dan selamat daripada sebarang kejadian yang tidak diingini dan kami telah memindahkan tong ke tempat yang lebih selamat,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya juga mendapatkan bantuan daripada Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) dari Balai Bomba Pasir Puteh bagi menjalankan kerja pembersihan di kawasan berkenaan.


“Kami juga telah memaklumkan mengenai kejadian itu kepada Jabatan Alam Sekitar untuk tindakan susulan,” katanya sambil memberitahu tiada mangsa yang cedera.

Menurutnya, lori terbabit membawa muatan kira-kira 50 tong dengan lima jenis bahan kimia. – BERNAMA

Kategori