TAHNIAH diucapkan kepada pasangan Nora Danish dan Nedim Nazri yang telah selamat menjadi pasangan suami isteri kira-kira jam 8.40 malam semalam (Khamis) dengan dua kali lafaz.
Walaupun majlis pernikahan tersebut diadakan secara sederhana, sambutan terhadap pasangan mempelai tersebut tetap meriah dan mendapat perhatian daripada orang ramai.
Selepas lapan tahun menjadi ibu tunggal kepada Putra Rayqal Ramli, Nora, 35, berkata dia berasa bersyukur kerana impiannya untuk berkahwin dengan Nedim akhirnya menjadi kenyataan.
“Penyatuan ini umpama impian yang menjadi nyata. Sudah lama saya tunggu detik untuk disatukan dengan belahan jiwa saya.
“Diharap semua dapat mendoakan kebahagiaan saya dan suami,” kata Nora.
Dalam majlis tersebut, Nora anggun memakai busana hasil rekaan jenamanya sendiri, Owl By ND.
Bagaimanapun, lucunya rata-rata netizen dilihat lebih mengutarakan pendapat mereka berkaitan busana yang dipakai oleh Nora semasa majlis akad nikahnya berlangsung.
Anda boleh baca sendiri beberapa komen netizen dipaparkan sebagai mengulas gaun pengantin dipakai Nora yang tampak lebih sibuk diperbincangkan menerusi media sosial sejak malam tadi.
Standard lah bila bergelar ‘public figure’, mesti akan mendapat perhatian daripada peminat. Lebih-lebih lagi Nora dan Nedim yang sering mendapat perhatian berkaitan hubungan mereka berdua. – MYNEWSHUB.CC