Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

MB Kedah Singgah Bantu...

ALOR SETAR - Meskipun dalam perjalanan menghadiri majlis penting di Sungai Petani, Menteri...

Elak Salah Guna Kebebasan...

KUALA PILAH - Jangan salah gunakan kebebasan bersuara di media sosial sehingga mencetuskan...

Yusoff Rawther Hadir Beri...

KUALA LUMPUR - Muhammed Yusoff Rawther, lelaki disebalik dakwaan salah laku seks terhadap...

Malaysia Sertai Mesyuarat Pakatan...

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan menyertai Mesyuarat...

Bangkok Hos Larian Baton Bagi Sukan SEA KL 2017

BANGKOK – Beribu-ribu orang dijangka menyertai “Rising Together Baton Run” di Bangkok pada 1 April sempena Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 di Kuala Lumpur.

Sukan SEA akan berlangsung dari 19 hingga 31 Ogos manakala Sukan Para ASEAN dari 17 hingga 23 Sept.

Menurut Menteri Sukan dan Pelancongan Thailand, Kobkarn Wattanavrangkul, ini merupakan satu penghormatan besar kepada negara untuk menjadi tuan rumah acara larian baton yang disifatkannya sebagai “acara yang besar.”

“Larian baton memberi peluang kepada semua orang untuk mengambil bahagian dalam acara sukan. Ia juga peluang untuk semua orang untuk meraikan sukan dan Komuniti ASEAN,” kata beliau dalam upacara untuk mengumumkan Larian Baton di Sports Authority of Thailand (SAT) di sini hari ini.

Rakan sejawatannya dari Malaysia, Khairy Jamaluddin dijangka bersama-sama ribuan peserta menyertai acara “Rising Together Baton Run” di sini Sabtu depan.

Kobkarn melahirkan keyakinan bahawa komitmen dan kreativiti Khairy akan memastikan objektif untuk memupuk sukan dalam kehidupan semua rakyat di seluruh rantau itu akan tercapai.

Sementara itu, Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Malaysia di Thailand Mohd Faizal Razali melahirkan penghargaan kerajaan dan ucapan terima kasih kerajaan Malaysia kepada kerajaan Thailand kerana menganjurkan acara itu.


Beliau berkata Malaysia amat teruja menantikan Larian Baton siri Bangkok yang dijangka menjadi acara terbesar “Rising Together Baton Run’events” di Asia Tenggara.

Beliau berkata Malaysia amat berterima kasih atas sokongan Thailand dalam memastikan acara itu mencapai kejayaan, yang akan menyumbang kepada kesedaran dan mempromosi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

“Kuala Lumpur 2017 akan menjadi mercu tanda dan kebanggaan semua rakyat Malaysia ketika kita menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-60 yang pada masa yang sama serentak dengan ulang tahun ke-60 terjalinnya hubungan diplomatik antara Malaysia dan Thailand,” katanya.

Mohd Faizal juga menjemput semua rakyat Thailand untuk menghadiri Sukan SEA 2017 dan Sukan Para ASEAN di Kuala Lumpur. – BERNAMA

Kategori