Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Lebih 1,000 Petugas Kesihatan...

PUTRAJAYA - Kementerian kesihatan (KKM) mengesan 870 petugas kesihatan yang mendapat jangkitan COVID-19...

Pelajar Ditampar Guru Pernah...

SUSULAN kes pelajar perempuan, Siti Nursyahida Zulkifli, 15, yang terlantar di hospital kerana...

Nestle Bakal Lancar Produk...

GENEVA - Berita baik bagi penggemar coklat! Nestle mengumumkan bahawa ia berjaya menemui...

Rombakan Kabinet Setelah PH...

PETALING JAYA - Seorang penganalisis menggesa kerajaan merombak Kabinet berikutan kekalahan Pakatan Harapan...

Banjir Kilat Di KL, Sembilan Jalan Terjejas

KUALA LUMPUR – Sebanyak sembilan jalan utama di sekitar ibu kota terjejas akibat dilanda banjir kilat kira-kira 5.40 petang tadi.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Ab Salim Mansor berkata lokasi-lokasi yang terjejas merangkumi Jalan Bangsar; Jalan Kemuja; Jalan Maarof; Jalan Sultan Ismail persimpangan Jalan Ampang; Jalan Pantai Baru; Jalan Pudu; Jalan Raja Chulan berhampiran Ambank dan Muzium Telekom; Jalan Maharajalela serta Jalan Permaisuri.

Beliau berkata pihaknya telah menempatkan sebanyak 50 anggota trafik dan 10 skuad penyelamat bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

“Hujan lebat yang bermula lewat petang tadi telah menyebabkan beberapa jalan itu ditenggelami air sedalam 0.6 meter.


“Namun kebanyakan jalan berkenaan telah mula surut airnya, cuma Jalan Permaisuri masih ada air bertakung,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini. – BERNAMA

Kategori