Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Miley Cyrus Bogel Lagi,...

SEKALI lagi penyanyi dan pelakon popular, Miley Cyrus cetus kontroversi dengan penampilan terbaharunya...

Just how to Plan...

In marginal instances the essays are utilized to choose whether an applicant is...

Shahrom, Peserta Solo Negara...

KUALA LUMPUR - Peserta solo Ekspedisi Jelajah Kutub Selatan 'All The Way 2015',...

PN Jangka Umum Pembahagian...

KUALA LUMPUR: Pembahagian kerusi dalam kalangan parti komponen Perikatan Nasional (PN) untuk Pilihan...

Bank Diarah Serah Wang RM786,374.90 Kepada LDHN

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad dan Malayan Banking Berhad menyerahkan wang berjumlah RM786,374.90 dalam akaun pengarah syarikat Cartrade Sdn. Bhd. (Cartrade) kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

LHDN dalam satu kenyataan media berkata, perintah yang dikenakan ke atas akaun milik Zaharah Ahmad, 61, itu sebagai sebahagian daripada bayaran cukai tertunggak Cartrade bagi Tahun Taksiran 2002, 2003 dan 2004 sebanyak RM4,100,583.83 kepada LHDN.

“Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak rayuan Zaharah dan mengekalkan keputusan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi dalam satu prosiding Garnishment yang berlangsung pada hari ini.

“Berikutan keputusan itu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan supaya Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad dan Malayan Banking Berhad agar menyerahkan wang dalam akaun Zaharah berjumlah RM786,374.90 kepada LHDN,” kata kenyataan itu hari ini.

LHDN berkata, tindakan oti merupakan tindakan perlaksanaan penghakiman yang diambil terhadap Zaharah atas kapasiti beliau sebagai pengarah syarikat Cartrade.


Jelas LHDN, dalam prosiding yang didengar dan diputuskan itu, mahkamah turut memerintahkan Zaharah supaya membayar kos sebanyak RM6,000 kepada kerajaan Malaysia.

“Zaharah diwakili oleh peguam Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin dan Loke Pooi Gee manakala LHDN diwakili oleh Peguam Kanan Hasil, Norhisham Ahmad dan Al-Hummidallah Idrus,” kata kenyataan itu. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • Wang

Kategori