SEORANG bapa durjana dijatuhi hukuman penjara selama 21 tahun oleh Mahkamah Warwick, United Kingdom selepas didapati bersalah merogol anaknya yang berusia 16 tahun.
Suspek, 54, merogol anaknya sebagai memberi ‘pengajaran’ kepada anaknya melakukan hubungan seks dengan lelaki adalah lebih memberi nikmat daripada terjebak dengan hubungan sejenis.
Suspek yang tidak didedahkan nama demi melindungi identiti anaknya, menyatakan dia melakukan jenayah itu selepas berang dengan pengakuan anaknya yang mengaku dirinya seorang lesbian.
Hakim yang mengadili kes tersebut mengingatkan suspek sepatutnya sebagai seorang bapa, dia perlu memberikan nasihat dan sokongan moral terhadap anaknya yang mengalami krisis identiti sewaktu sedang membesar.
“Kamu sebaliknya tidak dapat mengawal kemarahan lalu merogolnya dengan tujuan untuk ‘mengajarnya’ melakukan hubungan seks dengan lelaki lebih baik daripada hubungan sejenis,” hujah hakim tersebut yang menyifatkan kesalahan lelaki itu berunsur jenayah kebencian terhadap golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT). – MYNEWSHUB.CC