Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kelonggaran Rentas Negeri Tak...

PUTRAJAYA - Lebih banyak kelonggaran termasuk pergerakan rentas negeri akan diberikan dalam tempoh...

Najib Terkejut Pendedahan SPRM

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak mengaku terkejut dengan pendedahan Suruhanjaya Pencegahan...

Lepas Kutuk PAS, Mahathir...

ZIARAH kubur pada bila-bila masa adalah amalan biasa. Persoalannya kenapa setelah bertahun-tahun lamanya…...

PH Tak Perlukan PAS...

KAJANG - Pakatan Harapan (PH) tidak memerlukan PAS sebagai rakan sekutu yang baharu,...

Bekalan Ubat Untuk Pesara Kerajaan Tak Dihentikan

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan menafikan dakwaan rawatan perubatan bersubsidi tinggi untuk pesara kerajaan dihentikan oleh kerajaan seperti yang ditularkan di media sosial oleh orang ramai.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebaliknya golongan pesara kerajaan akan terus diberi rawatan perubatan bersubsidi tinggi oleh kerajaan.

“Pesara perkhidmatan awam persekutuan dan veteren berpencen boleh mendapatkan preskripsi ubat dan alat perubatan yang berada dalam stok dan formulari Kementerian Kesihatan di fasiliti-fasiliti kesihatan kementerian ini.

“Manakala bagi ubatan dan alat perubatan yang tiada dalam stok/formulari Kementerian Kesihatan ia dilaksanakan mengikut tatacara sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Terdahulu, Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan mengambil maklum berhubung perjanjian perkhidmatan pembekalan ubat dan alat perubatan kepada pesara perkhidmatan awam Persekutuan dan veteren berpencen melalui sistem Electronic Medical Automation Supply System (e-MASS).


Jelas beliau, perjanjian perkhidmatan pembekalan ubat dan alat perubatan kepada pesara perkhidmatan awam Persekutuan dan veteren berpencen yang disediakan oleh syarikat Oratis Rx Sdn. Bhd. itu telah tamat. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • ubat

Kategori