“JURURAWAT kepit peha dan tolak kepala bayi saya ke dalam semula,” demikian dakwaan seorang wanita beserta luahannya yang menjadi tular di laman sosial sejak dua hari lalu.
Wanita yang dikenali sebagai Yana Erryana mendakwa bayi sulungnya itu mati lemas ketika bersalin, kononnya disebabkan kecuaian jurarawat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang kira-kira enam bulan lalu.
Lantas menyebabkan golongan ibu bapa yang bersimpati dengan rintihan wanita itu mengambil pendekatan menghentam kakitangan HTAR tanpa mengetahui pucuk pangkal cerita. Malah ada pihak yang tampil melabel doktor dan kakitangan hospital berkenaan sebagai tidak bertauliah pula.
Menjawab persoalan orang ramai yang memihak kepada wanita berkenaan, pakar perubatan telah menjalankan siasatan dan tampil memberi penjelasan jelas mengenai perkara sebenar yang terjadi.
Ikuti penjelasan penuh yang dikongsikan menerusi laman Facebook Pseudoscience Watch dan semoga ia dapat membuka mata dan ‘tidak mengeruhkan’ mentaliti sesetengah masyarakat kita.
Cerita ini dah lama sebenarnya (dah settle dah pun medicolegalnya) tapi sebab si ibu baru menulis berkenaannya hanya sekarang bersertakan tuduhan yang boleh tahan mengancam, baru ia menular dua tiga hari ni.
Tidak apa kita paham yang si ibu masih lagi berkabung dan berduka tentang kandungan tersebut. Mungkin juga masih mengalami kemurungan (post partum depression) yang berlanjutan. Kita boleh paham dan empathize. Tapi macam yang disebut, medicolegal kes ni sudah pun selesai dan tiada saman dari mana-mana pihak pun berlaku. Sebab apa?
Sebab 99% daripada cerita yang sering diviralkan dan menular dalam Facebook ni, bila kita bukak file berkenaan kes tersebut dan disiasat, rupanya berbeza daripada apa yang berlaku. Tapi biasanya netizen viralkan dulu sebelum saman kalau betul ada kecuaian. Lepas geram.
So apa yang mereka tokok tambah boleh digunakan semula terhadap mereka dalam hal ehwal perundangan. Sebab tu admin selalu ingatkan, nak viralkan apa2 dulu kalau betul ada isu, saman dulu. Kalau tak pihak yang difitnah itu boleh saman anda semula atas sebab anda buat cerita.
Ini adalah fakta sebenar kes.
1. Tiada sesiapa yang pukul dia. Jururawat yang dia maki hamun dan tuduh macam-macam itu pun masih bertugas di sana sebab tidak melakukan sebarang kesalahan. Apa yang telah dilakukan dulu adalah berdasarkan garis panduan dan SOP yang digunakan di seluruh dunia. Sebab apa?
2. Sebab kes tersebut merupakan kes placenta abruptio/abruption di mana uri telah berpisah daripada lapisan rahim tersebut. Sejenis kecemasan kelahiran (obstetrics). Risiko tinggi untuk mati akibat pendarahan pada ibu (700ml darah boleh keluar dalam seminit), jadi dalam lima minit sahaja boleh meninggal dunia.
Selain itu ia juga berisiko tinggi untuk anak lemas bila berlaku. Uri tersebut tidak dapat lagi berfungsi untuk anak itu bernafas (mereka masih belum guna paru-paru ye). Lemas dalam beberapa minit juga. Yes, every second counts.
3. Ramai ibu yang sudah ada pengalaman melahirkan anak sendiri boleh beritahu rasa kepala anak itu dah nak keluar tetapi bila tengok kepala pun tak nampak lagi sebenarnya. Kalau betul boleh dilihat (visualize) kepala dah dekat vagina, itu namanya crowning.
Bila anak nak keluar, susah juga nak betul-betul pin point di mana kepala anak itu sebenarnya (lokasi sebenar/sensory localization) oleh ibu sendiri. Rasa memang dah dekat hujang tetapi secara tepatnya di mana?
Dalam kes ini pula, bayi tersebut belum crowning. Sebab itu jururawat suruh kepit, jangan teran. Untuk apa? Sebab nak tolak masuk buat pembedahan.
4. Sebab placental abruptio yang dialami oleh si ibu, berisiko tinggi untuk ibu dan anak untuk terkorban. Kan dah tulis risiko-risiko tersebut pada point nombor dua? Berlaku dalam kes si ibu berkenaan. Worst case scenario? Telah berlaku.
5. Selepas berlaku, sudah tentu akan ada siasatan. Tak perlu siapa-siapa nak saman atau report. Gerenti sebab bayi tersebut tidak survive. Tiada locus tandi untuk saman pun sebab dalam kes ini tiada kecuaian atau medical negligence telah berlaku. Tak nak beranak di situ? Hospital lain tetap buat dan ambil langkah yang sama sekiranya berdepan dengan situasi yang serupa.
6. Tiada saman yang telah dilanjutkan oleh penulis status viral berkenaan. – MYNEWSHUB.CC