MESKIPUN pernah dikritik dan dikecam serta bakatnya dipertikaikan oleh netizen sewaktu pertama kali menceburkan diri dalam bidang nyanyian, aktres Fazura tidak patah semangat.
Malah dia tidak langsung memperdulikan kata-kata nista itu tetapi bangkit dengan lebih ‘garang’ lagi.
Baca:Ā Fazura Teruk Dikecam Nyanyi Sumbang Di Konsert F1?
Juga:Ā Dikutuk Kerana Suara Tak Sedap, Apa Kata Fazura?
Lagi:Ā Afgan Pilih Fazura Teman Duet Konsert Jelajah Sides
Buktinya, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin menerusi laman sosial Instagramnya ‘miss fazura’ berkongsi status menamatkan sesi rakaman single baharunya berjudul Bisa Apa di negara seberang, Indonesia.
Bisa Apa dirakam di Studio Backbeat, Jakarta dan single itu merupakan ciptaan komposer terkenal Indonesia, Numata.
Fazura, 33; menerusi BH Online memberitahu bahawa dirinya tertarik dengan lirik lagu tersebut dan melodinya turut menyentuh jiwa wanitanya.
“Saat mendengar melodi dan liriknya, saya sudah tertarik dengan lagu terbabit. Ketika merakamkannya pula, saya dapat berasakan perasaan sedih wanita yang ditinggalkan kekasih kerana lelaki itu memilih wanita lain.
“Saya cuba menjiwai perasaan itu sehingga ia terbawa-bawa dalam rakaman dan membuatkan saya sebak,” katanya.
Tambah Fazura, single Bisa Apa merupakan projek album solo pertamanya di bawah naungan Universal Music Malaysia dan akan berada di pasaran tempatan selepas Aidilfitri nanti.
Selain Bisa Apa, aktres cantik ini dahulu pernah muncul dengan single berjudul Sayangi Dirimu dan Hancur Aku bergandingan dengan kumpulan Estranged.
Dia malah turut menjadi artis undangan di dalam konsert jelajah Sides penyanyi Indonesia, Afgan. – MYNEWSHUB.CC