Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Gempa Kuat Melanda Pantai...

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter, melanda...

Ahli Parlimen BN Kena...

PANDAI Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan berhujah dan berbahas di Dewan Rakyat semalam.Paling hebat...

Pelanggan Mengamuk Baling Telur...

GARA-GARA tidak berpuas hati dengan perkhidmatan Digi, seorang lelaki bertindak menyerang ibu pejabat syarikat...

Aaron Teruja Penampilan Sulung...

KUALA LUMPUR – Pelakon terkenal Aaron Aziz teruja apabila penampilan sulungnya dalam filem...

Black Eagles Gegar Ruang Angkasa Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR – Warga ibu negara dan yang bekerja di sekitar pusat bandar raya Rabu teruja menyaksikan deruan jet pejuang asing Black Eagles yang berlegar-legar di ruang udara.

Sembilan pesawat pejuang jenis KAI-TB50 milik tentera udara Korea Selatan itu muncul ‘menggegarkan’ ruang angkasa Kuala Lumpur terutamanya di sekitar Menara Berkembar Petronas yang menempatkan KLCC.

Pesawat pasukan aerobatik Black Eagles dari republik itu mendapat perhatian ramai ketika pertunjukan sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara Langkawi 2017 (LIMA’17) yang melabuhkan tirainya Sabtu lepas.

Menurut kenyataan media Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dikeluarkan semalam, pasukan tersebut melakukan terbang lintas selama 15 minit di sekitar ruang udara ibu negara.

“Terbang lintas itu bermula pada 10.30 pagi dan berakhir sekitar 10.45 pagi. Pasukan terbabit turut melintasi mercu tanda ikonik Menara Berkembar Petronas di ibu kota,” tambah kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan berkenaan lagi, orang ramai di Kuala Lumpur dinasihatkan agar tidak berasa cemas dan tidak membuat pula sebarang spekulasi berhubung situasi tersebut.


“Dengan terbang lintas ini, orang ramai berpeluang menyaksikan kumpulan pesawat aerobatik Black Eagles yang telah membuat pertunjukan udara di LIMA’17 baru-baru ini,” kata kenyataan itu.

Black Eagles yang pertama kali tampil di Pulau Langkawi, Kedah adalah antara pasukan aerobatik yang mencuri tumpuan ketika pertunjukan udara LIMA’17 dari 20 hingga 25 Mac lalu.

Ia antara beberapa pasukan melakukan persembahan selain Russian Knights dari Tentera Udara Rusia dan Jupiter dari Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori