Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Pendakian Gunung Nuang Diselamatkan...

ANJING memang dikenali sebagai teman terbaik (man's best friend) dalam kalangan masyarakat Barat.Namun,...

3 Warga Myanmar Dipenjara...

KUALA LUMPUR Tiga warga Myanmar termasuk seorang remaja perempuan hari ini dihukum penjara...

Berhati-hati Dengan Anjing Tidak...

SERDANG - Orang ramai terutama di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang yang diisytiharkan...

Penggal Pentadbiran Najib Cemerlang...

KUALA LUMPUR - Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang...

Bos Gila, Koyak Wang Pekerja Kerana Tak Lepas ‘Target’

ANDA mungkin merasakan bos anda adalah orang yang paling garang dan tidak bertimbang rasa, tapi anda silap. Dia pasti tidak boleh melawan kegarangan wanita ini yang dikenali sebagai Liu.

Disebabkan lima pekerjanya gagal memenuhi sasaran untuk mengedar setiap 100 risalah, Liu yang juga pengurus di sebuah kedai elektrik telah memaksa mereka mengoyak wang kertas kepunyaan masing-masing sebanyak RM66.

Meskipun berat hati dan sedih kerana terpaksa mengoyak wang masing-masing, mereka tetap melakukannya.

Insiden itu berlaku pada 22 Mac lepas dan rakamannya telah tersebar meluas di media sosial.

Ia mengakibatkan satu laporan polis dibuat ke atas Liu dan ketika disoal Liu memberitahu dia berbuat demikian kerana mahu menyedarkan pekerjanya supaya tidak membazirkan kertas risalah tersebut.


Dia bagaimanapun telah didenda sebanyak RM635 dan diberikan amaran oleh polis. Selain itu, Liu juga perlu menggantikan semula wang yang dikoyak oleh pekerjanya.

Selain Liu, polis turut memberikan amaran kepada lima pekerja terbabit bahawa tindakan mereka memusnahkan wang kertas renminbi boleh menyebabkan mereka didenda. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • GILA

Kategori