Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

KPM Sedang Dapatkan Laporan...

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang mendapatkan laporan penuh berhubung kemalangan maut membabitkan guru...

Lebih 250,000 Set Dekoder...

KOTA KINABALU - Lebih 250,000 set dekoder diperuntukkan MYTV Broadcasting Sdn Bhd secara...

Belum Buat Keputusan Wajibkan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum membuat keputusan untuk mewajibkan pengambilan suntikan vaksin Covid-19.Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu akan dibincangkan bersama kabinet meskipun kadar vaksinasi bagi populasi dewasa dalam negara ini sudah mencapai 92 peratus.Menurutnya, pada masa ini kerajaan akan terus menggalakkan pengambilan vaksin Covid-19 untuk menjaga kepentingan ramai.

Tiga Orang Maut Dirempuh...

BEIJING - Tiga orang maut selepas sebuah bot yang ditunda di belakang kenderaan...

Briged Ke-31 Infantri Sasar Sifar Anggota Obes

KUCHING – Briged Ke-31 Infantri Malaysia ke arah sasaran sifar anggota dengan berat badan melampau atau obes, kata Panglimanya Brigadier Jeneral Datuk Fadzil Tajudin.

Beliau menegaskan anggotanya harus mempamerkan penampilan yang segak dan gagah bagi menimbulkan keyakinan masyarakat terhadap kemampuan anggota tentera darat.

Justeru, katanya Program Menurunkan Berat Badan Peringkat Briged Ke-31 Infantri 2017 dianjurkan dalam usaha untuk memperkasa bentuk fizikal anggota.

Program selama tiga bulan bermula 1 Mac itu juga bertujuan mengelak anggota mengambil jalan pintas dalam mengurangkan berat badan dengan mengambil ubat atau bahan yang boleh memudaratkan kesihatan, katanya semasa merasmikan program itu, di sini, hari ini.

Fadzil berkata, ia juga bertujuan menyemai kaedah tatacara dan diet pemakanan yang betul dalam kalangan anggota dalam proses menurunkan berat badan.

Menerusi program itu kaedah senaman fizikal yang diterapkan menumpukan kepada kesihatan kardiovaskular iaitu aktiviti berjoging, larian, aerobik, berenang dan aktiviti lasak.


Beliau berharap semua peserta program menggunakan peluang sebaik mungkin dalam usaha menurunkan berat badan masing-masing.

“Adalah menjadi harapan dan aspirasi pucuk pimpinan tentera darat amnya untuk melihat program ini mencapai objektif,” tambahnya.

Dalam pada itu, Fadzil turut mengingatkan anggota Infantri Ke-31 agar sentiasa mematuhi disiplin dan peraturan keselamatan ditetapkan kerana setiap kecuaian akan mengundang padah. – BERNAMA

Kategori