Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

436 Terbunuh, Rugi RM1.4...

JAKARTA - Selepas lebih seminggu, jumlah korban gempa bumi Lombok kini mencecah 436...

Pemuda PAS Tuntut Nga...

KOTA BAHARU - Dewan Pemuda PAS Kelantan hari ini menuntut anggota Parlimen Taiping,...

Penamatan Kontrak Pegawai YPKDT...

JOHOR BAHRU - Penamatan kontrak 65 pegawai penyelaras dan pegawai penggerak Yayasan Pembangunan...

Bekas Pelajar KUIS Sertai...

KUALA LUMPUR - Bekas pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Syamimi Faiqah...

Buaya Jantan Ditangkap Dalam Operasi Di Marudi

MIRI – Seekor buaya jantan ditangkap dalam ‘Operasi Sang Bedal’ untuk memburu buaya setelah seorang remaja perempuan maut akibat diserang buaya bulan lepas.

Ketua Polis Marudi, DSP Gabriel Risut berkata buaya tersebut sepanjang 3.5 meter ditangkap di Sungai Peking, Long Lama semalam.

“Tetapi buaya itu dipercayai bukan merupakan buaya yang menyerang remaja berusia 18 tahun itu pada 21 Feb lepas,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata operasi tersebut telah berjalan selama tiga hari dengan sembilan umpan dipasang dan didapati tiga umpan telah hilang dengan satu daripada didapati dimakan buaya yang ditangkap pada pukul 3 petang semalam itu.

Buaya yang ditangkap tersebut kemudiannya telah ditembak atas permintaan penduduk kampung yang bimbang dengan keselamatan mereka, katanya.


Gabriel berkata operasi bersama pihak polis dan Jabatan Hutan disambung pada 9 pagi ini untuk mengesan buaya yang memakan dua umpan yang telah dipasang di sepanjang sungai.

Dalam kejadian 21 Feb itu, mangsa Agnes Luang yang sedang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelaran Malaysia telah disambar buaya ketika mandi bersama ibunya di tebing sungai. – BERNAMA

Kategori