Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Lucu…’Prank’ Dalam Lif...

JIKA ditanya siapa Yousef Saleh Erakat, ramai yang menggelengkan kepala tanda tidak kenal.Namun,...

Tauke Sushi Menang Bidaan...

KALAU dah kaya….pemilik rangkaian sushi di Jepun, yang dinobatkan sebagai 'Raja Tuna' sanggup...

Ekspresi Negaraku Digerakkan Di...

PUTRAJAYA - Program Ekspresi Negaraku yang berlangsung di Dataran Putrajaya di sini hari...

Ahli Parlimen Mengaku Main...

AHLI parlimen Britain, Nigel Mills mengaku bermain permainan popular Candy Crush dalam iPad...

Video: Budak Ini Boleh Pusing Kepala 180 Darjah!

PERNAHKAH anda melihat filem seram berjudul The Exorcist yang diterbitkan pada tahun 1973?

The Exorcist merupakan sebuah filem berkisarkan kisah benar tentang seorang kanak-kanak dirasuk syaitan sehinggakan mampu memusingkan kepalanya sebanyak 180 darjah.

Nampaknya kebolehan itu juga dimiliki oleh seorang budak lelaki dari India berdasarkan pertuturan yang kedengaran menerusi video tersebut.

Video: Budak Ini Boleh Pusing Kepala 180 Darjah!

Menerusi klip yang dikongsi oleh Mirror UK, budak lelaki yang tidak dinyatakan identitinya itu dirakam dengan selamba memusingkan kepalanya sebanyak 180 darjah tanpa sebarang kesulitan.


Bukan itu sahaja, budak lelaki itu juga sempat menjawab pertanyaan daripada salah seorang ahli keluarganya yang bertindak merakam aksi tersebut ketika berada di dalam posisi ‘mengerikan’ itu sebelum berlalu keluar.

Laman Mirror tidak menyatakan secara terperinci tentang masa dan lokasi ianya dirakam namun menerusi pemerhatian di laman YouTube, video sama pernah dimuat naik oleh Jay kaytv dan Vaseem Shaikh sekitar tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori