Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

114 Operasi Sanitasi Awam...

SEBANYAK 114 operasi sanitasi awam dilakukan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan...

Harga Minyak Masak Naik...

Dari Facebook Najib RazakPADA tahun 2016, harga minyak masak Malaysia pernah naik buat...

Wanita Islam Perlu Tampil...

LONDON — Wanita Islam perlu tampil ke hadapan dengan berusaha meningkatkan kemahiran dan...

Polis Buru Juragan Bot...

TAWAU - Polis Tawau sedang mengesan seorang mangsa lelaki yang terselamat dipercayai juragan...

Budak Naik Helikopter Selepas Terlewat Ke Sekolah

MACAM dalam filem…seorang budak yang terlewat ke sekolah telah mengejutkan rakan-rakan dan gurunya apabila dia menaiki helikopter untuk kelas di Lipky, Kiev.

Budak itu dilaporkan anak kepada bekas Timbalan Menteri Belia Ukraine, Andrey Palchevskii.

Ternyata ia menjadi perhatian kerana bukan senang untuk melihat helikopter mendarat di kawasan berkenaan apatah lagi di sekolah.

Setakat ini Andrey masih belum memberikan sebarang komen mengenai anaknya itu namun insiden itu telah mencetuskan perdebatan dalam media sosial.

Ramai yang mengecam Andrey kerana terlalu memanjakan anak lelakinya itu hingga menggunakan helikopter untuk menghantarnya ke sekolah.


Bagaimanapun ada juga yang mempertahankan Andrey dengan menggelar pengkritik beliau sebagai cemburu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori